Hiburan By: Padin August 14, 2023 @ 6:00pm

Tepis Persepsi Buruk, Nama ‘Konsert Goyang Asia Koplo Milenia’ Ditukar Kepada ‘Konsert Milenia Live In Kuala Lumpur’

Belum pun bermula, Konsert Milenia Live In Kuala Lumpur telah mencetus kontroversi dan menjadi kritikan mereka yang sentiasa memiliki persepsi negatif terhadap irama dangdut.

Demi menjernihkan persepsi masyarakat dan menghormati semua pihak, ‘Konsert Goyang Asia Koplo Milenia’ telah melakukan penjenamaan semula kepada ‘Konsert Milenia Live In Kuala Lumpur’, yang dilihat lebih universal.

Konsert ini bakal menampilkan Ratu Dangdut Malaysia, Amelina, Ani Maiyuni beraksi sepentas bersama Siti Badriah, Fitri Carlina, Hesty Klepek-kelepek dan Rheyna Morena.

Semua artis yang terlibat telah mendapat tapisan awal dari Unit Pusat Permohonan Penggambaran Filem & Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) dan tidak dibenarkan beraksi kurang sopan dan berpakaian mencolok mata.

“Pihak kami sedar bahawa apabila disebut dangdut koplo sudah pasti ianya akan mendapat reaksi dan persepsi negatif dari masyarakat setempat, tambahan lagi muzik koplo jika di Indonesia diiringi tarian agak seksi.

“Dengan demikian, dalam memartabatkan muzik dangdut di Malaysia maka kami tampil dengan persembahan yang berbeza yang lebih mahu menonjolkan seni di dalam muzik itu sendiri tana menonjolkan elemen negatif dalam kalangan masyarakat,” kata wakil syarikat Mission Sight selaku penganjur.

ARTIKEL BERKAITAN: Tunda Tarikh & Lokasi Baharu, Konsert Goyang Asia – Koplo Milenia Tampilkan Amelia Bersama Bintang Dangdut Sensasi Malaysia & Indonesia

Tambahnya, ini merupakan konsert dangdut berskala besar yang pertama kali berlangsung di negara ini dan sudah tentu penganjur mahu meninggalkan kenangan dan menjadi penanda aras terbaik.

Lebih membanggakan, konsert ini juga mungkin akan mencatat sejarah dan diabadikan dalam Malaysia Book of Records, sekiranya tiket habis terjual.

Menariknya, selain menggabungkan artis-artis dangdut popular dari Indonesia dan Malaysia, konsert ini juga bakal dimeriahkan lagi dengan Festival Muzik Milenia.

Festival tersebut bakal diadakan di perkarangan stadium MBSA Shah Alam bermula 29 September hingga 01 Oktober 2023, selama tiga hari berturut-turut.

Antara aktiviti yang akan berlangsung sepanjang festival ialah, persembahan daripada artis-artis genre dangdut, ‘Food Fest’ yang disertai oleh vendor-vendor makanan viral dari Malaysia dan Indonesia serta pelbagai lagi acara lain menjelang konsert pada 30 September ini.

Pihak penganjur memperkenalkan tiket harga rahmah dengan membuat pengurangan harga sebanyak 50% bersempena dengan ‘Merdeka Promo’.

Mission Sight berharap agar dengan harga rahmah ini Konsert Milenia Live In Kuala Lumpur ini dapat dijadukan sebagai konsert mesra keluarga dan masyarakat.

Warga Indonesia di dalam dan luar negara dijangka akan memenuhi Stadium Malawati, Shah Alam selepas pengurangan harga dan memberi peluang untuk bertemu dengan artis-artis kesayangan mereka.

“Kami hanya menjual irama dan lagu bukan unsur-unsur negatif seperti tarian dan gelek lucah seperti yang didakwa sesetengah pihak.

“Pengurangan harga ini juga adalah kerana penganjur bercadang untuk mengadakan malam ke dua dan sekiranya ia terlaksana kemungkinan artis sensasi seperti Baby Shima dan beberapa artis lain berpeluang menyertai Konsert Milenia Live In Kuala Lumpur ini.

“Bagaimanapun untuk meneruskan konsert pada malam kedua, masih di peringkat perancangan. Namun kalau berjaya direalisasikan, pastinya penonton akan disajikan persembahan berbeza,” kata penganjur.

Tiket mengikut zon sudah boleh didapati di laman sesawang https://www.ticket2u.com.my/event/31151

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#tilljannah Tue, 6 Dec 2022

Dai Syed Tak Halang Karier Hana Ismail, Ingin Fokus Dalam Perniagaan

Pendakwah selebriti, Dai Syed tidak menghalang isterinya, pengacara Hana Ismail untuk terus aktif dalam bidang seni. Menurut Hana, selepas ini mereka berdua juga akan fokus dalam bidang perniagaan dan mengambil apa sahaja peluang yang ada […]

Events Thu, 26 Sep 2019

SuperPark’s Bringing “Super” to Your SuperHalloween Experience With Promos to Die For!

Swap screams for laughter this Halloween at SuperPark Malaysia.

Hiburan Wed, 29 Nov 2017

Shuib Tinggalkan Sinar FM Peminat Luah Kesedihan

Peminat Luah Kesedihan Bila Shuib Tinggalkan Sinar FM

Hiburan Wed, 23 Oct 2019
Hiburan Sat, 5 May 2018

Tak Sampai 48 Jam, Akaun Anak Pasangan Selebriti Popular Ini Cecah Lebih 84,000 Pengikut

Buat masa ini, Jep dan Sari Yanti baru saja berkongsi tiga keping foto comel Dariya di laman Instagram terbabit.

Hiburan Fri, 17 Nov 2023
Featured Wed, 6 Oct 2021

Sambut Birthday Setahun, Tengku Permaisuri Selangor Hadiahkan Anak Fazura Rantai Berlian

Anak kepada pasangan selebriti Nur Fazura dan Fattah Amin, Nur Fatima Aisya menerima hadiah berupa seutas rantai berlian daripada Tengku Permaisuri Selangor (TPS), Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman hari ini. Hadiah bersempena ulang tahun pertama […]

Hiburan Wed, 27 Nov 2019

Looking For The Tips To Buy A House? Catch This New TV Series ‘Misi Rumah Impian’ On TV3

Looking for the ultimate 101 guide on buying a house? Watch this!