Hiburan By: Maya Basir November 2, 2023 @ 6:16pm

Terharu Dengan Sifat Ringan Tulang Suami, Nad Zainal Titip Ucapan Terima Kasih

Pelakon Nad Zainal telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki bersama suami iaitu Ungku Ismail, baru-baru ini.

Menerusi perkongsiannya di TikTok, Nad memuat naik video suaminya sedang menukar lampin anaknya itu.

@nad.zainalterima kasih…. terima kasih….. kadangkala kita lupa nak berterima kasih kepada para suami yang memberikan layanan yang baik pada anak dan isteri.. terima kasih kepada suami dan bapa yang ringan tulang, dan sentiasa memberikan semangat buat isteri mereka dalam menempuh hari hari yang memenatkan… terima kasih ya… i love u ( tiberrr emosi 🥹🥲…. ) cepat ucap terima kasih dekat suami masing masing

♬ Relaxing Japanese-style piano song inviting nostalgia – Akiko Akiyama

Selain itu, dia turut menitipkan ucapan terima kasih tanda menghargai para suami yang membantu meringankan beban isteri.

“Terima kasih… Terima kasih… Kadangkala kita lupa nak berterima kasih kepada para suami yang memberikan layanan baik pada anak dan isteri.

“Terima kasih kepada suami dan bapa yang ringan tulang, dan sentiasa memberikan semangat buat isteri mereka dalam menempuh hari hari yang memenatkan.

“Terima kasih ya. I love you (tiber emosi),” ujarnya.

Sementara itu, pelakon drama Dendam Seorang Isteri ini berpesan kepada pengikutnya untuk menghargai suami masing-masing.

“Cepat ucap terima kasih dekat suami masing-masing,” katanya lagi.

Untuk rekod, Nad dan Ungku Ismail mendirikan rumah tangga pada 23 Januari lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata pada 14 Oktober lalu.

Melalui perkahwinan pertama Nad bersama Muhammad Faliq, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom yang kini berusia dua tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 9 Mar 2018

Big Bang to Release Song with All 5 Members in it!

Though most of them are in the army right now, they are still able to release a song that has all 5 of them.

Trending Tue, 20 Aug 2019

Start Your Voting Now Because The Finalists for ABPBH 32 is Here!

The heated and long-anticipated 32nd Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) finally announced the top 5 finalists for 20 categories that’ll soon be competing!

Hiburan Thu, 20 Apr 2023
Featured Sat, 5 Feb 2022
Hiburan Tue, 28 Nov 2017

ADAKAH HASHTAG FATTZURA ITU SATU DOA?

Difahamkan, hanya dengan sekali lafaz pelakon, penyanyi dan usahawan Nur Fazura 34, telah sah menjadi isteri kepada Fattah Amin 27. Majlis pernikahan itu telah berlangsung disalah sebuah hotel terkemuka tanah air.

Trending Tue, 2 Jan 2018

Leka Dengan Telefon Bimbit, Hilang Kaki Kanan

Seorang wanita di China terpaksa menanggung derita apabila kehilangan kaki kanannya akibat tersepit dengan pintu lif yang rosak.   Rakaman CCTV lif tersebut menunjukkan seorang perempuan berambut pendek sedang leka melihat telefon bimbitnya dan tidak […]