‘Terima Kasih Wawa’- Aeril Zafril Doa Isteri Terus Setia Di Sisi

Pelakon Aeril Zafril berterima kasih kepada isterinya, Wawa Zainal yang tetap setia bersamanya sepanjang tujuh tahun perkahwinan mereka.

Kata pelakon drama Mencari Qiblat, dia berharap agar isterinya itu akan terus berada di sisinya.

“ Jangan tinggalkan saya. Saya akan terus membahagiakan awak.

“ Saya doakan agar awak jadi isteri solehah dan ibu yang baik kepada anak-anak. Saya bersyukur Wawa sentiasa setia bersama dalam keadaan susah dan senang,” katanya kepada Harian Metro.

Aeril, 31, atau nama sebenarnya Suhairil Sunari turut berdoa agar segala hajat isterinya dimakbulkan Allah SWT.

“ Saya berdoa semoga apa yang diimpikan Wawa dalam hidupnya tercapai. Pada usianya sekarang, saya melihat banyak peningkatan dalam dirinya terutama dalam perniagaan yang diusahakan.

“ Sikap yang ditunjukkan Wawa itu membawa kepada kejayaan untuk kami sampai ke tahap sekarang,” katanya yang bersyukur memiliki Wawa sebagai isteri.

Ditanya mengenai perancangan anak ketiga, Aeril menyerahkan perkara itu kepada Allah SWT.

“Belum ada rezeki lagi. Kami tidak menolak rezeki Allah. Malah, kami tidak pernah merancang,” katanya.

Aeril dan Wawa berkahwin pada 2013 dan dikurniakan dua anak, Ahmad Fakhruddin Attar, 6, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4.- Harian Metro.

SGMS Faida