Hiburan By: Khairil Khusyairi January 9, 2024 @ 6:14pm

Terima Rasuah Berjumlah RM18,000 Untuk Jayakan Konsert Rock Legenda, Penolong Pengurus Syarikat Direman

Seorang wanita yang juga penolong pengurus syarikat berkaitan agensi kerajaan direman empat hari bagi membantu siasatan kerana disyaki menerima suapan berjumlah RM18,000 daripada seorang pengarah syarikat bagi menjayakan satu konsert rock legenda, Ogos tahun lalu.

Menurut laporan Harian Metro, perintah reman dikeluarkan Majistret Khairunnisak Hassni selepas dipohon Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka bagi melengkapkan siasatan kes itu.

Mahkamah membenarkan suspek berusia 37 tahun dan ibu kepada dua anak itu direman empat hari bermula hari ini bagi membolehkan SPRM melengkapkan siasatan.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati suspek yang juga urus setia bagi geran berkenaan membantu pengarah syarikat itu mendapatkan kelulusan geran konsert sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital (kini Kementerian Komunikasi) berjumlah RM300,000.

“Sebagai balasan, suspek dipercayai meminta komisen antara 10 hingga 20 peratus berjumlah RM18,000,” katanya.

Katanya, suspek ditahan kira-kira jam 4 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM.

Pengarah SPRM Melaka, Mohd Shahril Che Saad ketika dihubungi mengesahkan tangkapan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009 yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 yang mana tinggi dan penjara maksimum 20 tahun.

Terdahulu suspek tiba di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh di sini kira-kira jam 9 pagi dengan diiringi pegawai SPRM.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 4 Feb 2020
Featured Tue, 7 Feb 2023

#RoadToAJL37: Selepas Pertama Kali Jadi Finalis, Ini 5 Penyanyi Terus Melonjak Naik Selepas Sertai AJL!

Fuhhhh, Anugerah Juara Lagu (AJL) melahirkan bakat-bakat besar yang kekal relevan hingga kini! 🤩🤩

Hiburan Wed, 17 Jan 2024

“Roti Pun Ada Tarikh Luput” – Ikhwan Minta DJ Radio Reda Kontrak Ditamatkan

“Saya rasa setiap stesen radio ada politik, semuanya tak sama. Mana-mana pun ada politik bukan dalam industri ini sahaja.” – Ikhwan

Hiburan Sat, 4 Aug 2018

Wohoo, Blues Gang Buat Comeback September Depan!

Kali ini kami muncul berlima sahaja memandangkan salah seorang daripada anggota Blue Gang, Jim Mandasamay meninggal dunia April lalu.

Hiburan Thu, 13 Jun 2019

“Saya Katakan Kepada Afdlin, Itulah Amalan Ahli Syurga” Pemergian Jefri Adzman Di Kagumi Ustaz Ini

Semoga dengan perkongsian Ustaz Syed Abdul Kadir ini sedikit sebanyak dapat dijadikan iktibar buat kita semua!

Trending Fri, 15 Jan 2021
Hiburan Fri, 8 Nov 2019