“Terimalah Hakikat Bahawa Isteri Cerminan Suami..” – Seperti Beri ‘Hint’, Muat Naik Puteri Sarah Curi Perhatian

Sejak kebelakangan ini, status rumah tangga pelakon Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 37, bagaikan sudah menemui titik nokhtahnya apabila aktres itu memaklumkan, dia bakal memfailkan perceraian pada 16 Januari nanti.

Malah, episod saling berbalas kenyataan di media sosial seolah-olah membuka pekung di dada beberapa individu, membuatkan konflik yang terjadi dalam rumah tangga Puteri Sarah dan suaminya, Syamsul Yusof mendapat perhatian ramai pihak sehingga ke hari ini.

“Saya akan ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Isnin ini.

“Keputusan dibuat atas persetujuan bersama keluarga. Sebelum membuat keputusan besar dalam hidup, saya berbincang dengan keluarga dan keluarga mentua terlebih dahulu.

“Mereka menghormati keputusan saya mahu berpisah dengan suami, Syamsul Yusof. Lebih cepat, lebih bagus agar saya tidak lagi terbeban dengan konflik rumah tangga.

“Saya mahu cari ketenangan dan mulakan hidup baharu,” katanya.

Terbaharu, menerusi perkongsian di Instagram Stories (IGS), Sarah dilihat memuat naik quotes seolah-olah memberi ‘hint’, bahawa apa yang berlaku dalam rumah tangganya selama ini adalah disebabkan tindakan dan layanan Syamsul terhadap dirinya selain wujudnya orang ketiga.

“Terimalah hakikat bahawa isteri cerminan suami.

“Saat isteri meroyan, merentan tentang rumah tangga di media sosial, kita selaku manusia yang punya akal, kena lihat bagaimana suaminya  menyantuni isterinya di rumah,” kongsinya.

Bahkan, perkongsian dari ibu mentuanya sebelum ini juga menguatkan lagi cara bagaiamana layanan Syamsul terhadap isteri pertamanya itu.

“Puteri Sarah Liyana berhak untuk bahagia, sebagai isteri dan ibu yang melahirkan Syaikhul dan Sumayyah langsung tidak dihargai segala pengorbanan!

“Kebahagiaannya telah dirampas dengan kejam oleh mereka, dia ditinggalkan terkapai-kapai menguruskan anak-anak yang sedang membesar! Adilkah semua ini?” tulisnya.

Ekoran dari kenyataan yang dibuat ibu Syamsul, Datin Patimah Ismail, rata-rata warganet menyifatkan tindakan dan layanan Syamsul sebagai tidak bijak malah mengeruhkan lagi keadaan.

 

Salma Syahbuddin