Terkesan Dengan Isu Buli, Eyra Hazali Dedah Pernah Jadi Mangsa – “Kunci Diri Dalam Bilik 2 Minggu… Sesak Nafas”

Pelakon, Eyra Hazali tampil mendedahkan dirinya pernah menjadi mangsa buli suatu ketika dahulu sehingga menyebabkan dirinya hanya terperap dalam bilik selama dua minggu.

Berdasarkan ciapan di Twitter, Eyra membalas status dimuat naik oleh individu yang mendakwa dirinya mangsa buli kepada aktres Uqasha Senrose.

Menerusi ciapan tersebut, individu tersebut meluahkan rasa syukur kerana mampu menghadapi trauma yang menghantuinya pada 15 tahun lalu.

“Yang tak pernah kena buli bersyukur je la. Mungkin korang yang kaki buli Zaman sekolah saya dulu tak ada siapa kisah pasal mental health. Bukan macam sekarang.

“I used to think I won’t make it to 30 years old. Now that I’m 30, I’m glad I didn’t unalive myself at 15,” tulis individu berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Alami Gangguan Mental & Depresi, Individu Dakwa Mangsa Buli Uqasha Senrose? Ini Respons Tuan Badan

Menurut ibu anak dua ini, dia berkata pembuli tidak akan pernah mengerti perasaan trauma yang dilalui oleh si mangsa.

Dalam ciapan sama, Eyra turut bercerita semula secara ringkas mengenai pengalaman dirinya dibuli sehingga membuatkan dia tak berhenti menangis dan sesak nafas.

Isteri kepada pemain bola Johor Darul Ta’zim (JDT), Haziq Nadzli turut memohon agar orang ramai berhenti membuli.

“I’m glad you made it. Honestly, orang yang buli tak akan faham sampai diorang sendiri yang rasa. I locked myself in my room for 2 weeks, sesak nafas, nangis non stop. Please stop bullying,” tulisnya.

Aqilah Paharuzi