Terlalu Sibuk, Alyah Tangguh Buat Rawatan IVF?

Penyanyi, Datin Alyah terpaksa menangguhkan hasrat menjalani rawatan kesuburan In Vitro Fertilization (IVF) untuk mendapatkan anak kerana jadual sangat padat pada masa ini.

“Saya dan suami ada pertimbangkan menjalani rawatan IVF tetapi nampaknya terpaksa ditangguh dulu.

“Lagi pun saya merancang mengadakan showcase atau konsert sempena dua dekad dalam industri muzik tahun depan,” katanya.

Alyah berkata sekiranya mahu terus menjalani rawatan IVF, doktor pakar menasihatinya berehat dari aktiviti seni selama tiga hingga empat bulan.

“Padahal, jadual saya padat sehingga tahun depan. Selepas single Jutaan Purnama, saya baru saja melancarkan single terbaru berjudul Meluruh dan sibuk dengan aktiviti mempromosi.

“Insya Allah, jika ada rezeki untuk saya dan suami dikurniakan anak lebih awal, kami terima dengan hati terbuka,” katanya.

Alyah dan suaminya, pengarah muzik, Datuk Ramli MS, 60, berkahwin pada Mac 2013 namun belum dikurniakan cahaya mata.

Oleh: Endy Ashari

SGMS Faida