Categories: HiburanOMGSelebriti

Termuntah Atas Tunang, Meghan Trainor Serik

Gara-gara penyanyi Meghan Trainor pernah termuntah di atas tunangnya, Daryl Sabara akibat keracunan makanan ketika mereka dalam perjalanan pulang ke rumah, Meghan kini mengamalkan pengambilan makanan sihat.

“Situasi itu agak jijik. Sekarang saya mengambil makanan sihat, namun ketika bercuti saya ambil makanan di hotel.

“Pada hari kami dalam perjalanan pulang ke rumah, saya mengalami keracunan makanan dalam kereta.

“Tunang sedang memandu dan saya tiba-tiba muntah ke atasnya,” katanya ketika menghadiri sesi bual bicara The Talk, baru-baru ini.

Kejadian itu berlaku sehari selepas Sabara yang juga pelakon melamar Trainor, 24, sewaktu bercuti di Palm Springs.Sabara melamar Trainor ketika melawat zoo di Palm Springs, California sempena ulang tahun ke-24 penyanyi itu.

Trainor turut memberitahu pengacara Jimmy Fallon, dia panik sebaik tunangnya mengajak dia berkahwin.

“Sebenarnya kami sudah memilih cincin tunang beberapa bulan lalu. Cuma saya perlu menunggu dia melamar,” katanya.

Menurut Trainor, adalah penting untuk mendapatkan restu daripada keluarganya sebelum bertunang.

“Saya selalu ingatkan tunang, keluarga saya perlu berada di lokasi sekiranya dia mahu melamar,” katanya.

Berita baik itu turut dikongsi pemenang Anugerah Grammy berkenaan dengan peminatnya di media sosial.

Harap-hatap, Meghan akan dapat menurunkan berat badan sebelum berkahwin ya!

 

Kredit sumber: Harian Metro

SGMS Putri