Featured By: Salma Syahbuddin July 7, 2023 @ 11:25am

Terpaling Trend! Aksi Anak Syida & Syatilla Melvin Buat TikTok Curi Perhatian – “Maknya Lawak, Mestilah Menurun Kat Anak”

Anak kepada adik beradik The Melvin, iaitu Syatilla dan Syida Melvin mencuri perhatian selepas aksi kedua-dua anak mereka iaitu Sarimah Samheizy, dan Safa Safeera masing-masing berumur 3 tahun sempat dirakam menerusi kamera litar tertutup.

Menerusi perkongsian berdurasi 11 saat itu, Sarimah dan Safa Safeera atau lebih dikenali dengan panggilan Pia kelihatan sedang menari lagu berlatar belakangkan muzik yang popular di TikTok iaitu Money Trees.

“Haha, ini baru orang kata ikut trend,” tulis pada kapseyn berkenaan.

Dalam perkongsian tersebut, warganet turut terhibur melihat aksi anak ketiga Syatilla iaitu Salama merangkak dengan laju ketika kakak nya sedang fokus menari tarian tersebut.

“Yang merangkak tu (Salama) time ni lah dia nak interframe, laju pula tu,” komen netizen.

Teruja melihat aksi spontan anak-nak ini,  perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya di ruangan komen.

“Comel gila, ini baru betul terpaling trend.

“Ya Allah! Budak-budak ni.

“Bukan main… Sarimah lah ni yang mengajar Pia.

“Mak-mak lawak, mestilah menurun kat anak. 

“Bila princess Quangzhou dan princess Pakistan bergabung. Comel betul,” komen netizen.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 27 Jul 2021

“Beliau Banyak Korban Masa Dan Tenaga”- Ramai Pertahankan DG Hisham

Tindakan pelakon Lana Nodin dan Rita Rudaini yang mencadangkan agar Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah meletakkan jawatan mendapat pelbagai reaksi daripada warganet. Menerusi laman sosial, rata-rata warganet tidak bersetuju […]

Featured Sun, 18 Dec 2022
Featured Mon, 15 Aug 2022
Events Wed, 5 Oct 2022
Hiburan Thu, 30 Nov 2023
Featured Fri, 27 Jan 2023
Trending Hari Ini Wed, 17 Jun 2020