Hiburan By: SGMS Faida August 6, 2019 @ 5:02pm

Terpilih Saat Akhir, Wany Hasrita, Amira Othman Berangkat Tunai Haji Esok

Penyanyi Wany Hasrita bersyukur dia antara ribuan Jemaah yang akan  menunaikan haji di Tanah Suci Makkah, tahun ini.

Menurut Wany, dia menerima tawaran daripada kerajaan Arab Saudi kelmarin dan sudah diberikan tiket penerbangan.

“Ikut perancangan saya mahu bawa ibu tetapi dia tidak berkesempatan maka saya ajak Amira Othman menyertai perjalanan saya kali ini. Perasaan saya bercampur baur ketika ini.

“Doakan saya memperoleh haji mabrur. Sebenarnya saya dalam keadaan tidak bersedia tetapi bila berfikir semula perlukah bila menunggu usia tua baru bersedia. Doakan agar semuanya dipermudahkan,” katanya.

Wany Hasrita atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah bakal berangkat ke Makkah esok dan akan berada di sana sehingga 16 Ogos depan.

Sementara itu, penyanyi berusia 27 tahun ini turut mendapatkan nasihat daripada penceramah terkenal, Profesor Dr Muhaya Mohamad berhubung panduan sepanjang berada di Makkah.

Bagi persediaan lain katanya, dia sudah melakukan suntikan vaksin dan berharap Allah SWT memudahkan urusannya. 

Semoga dipermudahkan urusan Wany dan Amira di sana dan memperoleh Haji yang mabrur. Insya Allah…

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 25 Feb 2019

‘ Sudirman Beritahu Saya Agar…’- Fauziah Latiff Kongsi Pesanan Terakhir Allahyarham Sudirman

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad…

Hiburan Fri, 12 Jul 2019

‘Dia Jaga Solat. Hafal Quran’- Ebit Lew Sebak Jumpa Aliff Aziz

Begitu juga mak ayahnya baik semuanya. Tadi banyak soalan agama darinya. Setiap manusia diuji Allah.

Featured Wed, 1 Mar 2023
Hiburan Fri, 28 Jun 2019
Featured Thu, 9 Dec 2021

V BTS Tak Sengaja Follow Jennie BLACKPINK Di Instagram, Ramai Peminat Kecewa & Marah.. Sampai Ada Yang Kecam!

Baru-baru ini, ahli kumpulan K-Pop popular BTS telah mula membuka akaun Instagram individu mereka. Belum sampai seminggu, sudah berlaku kontroversi apabila salah seorang dari ahli BTS, V mengikuti Jennie dari kumpulan BLACKPINK. Seperti ahli-ahli BTS

Featured Tue, 9 Nov 2021

Gaji Minimum Baharu Bakal Diumum Tahun Depan

Kajian tersebut dijangka berakhir pada hujung tahun ini

| Live TV