Categories: HiburanTrending

Tersipu Malu Live Bersama, Datin Red Selamba Sakat Peminat Datuk Red – “Saya Nak Tahu Apa Yang Dia Kutuk Saya”

Suami kepada penyanyi Adira Suhaimi, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu tampil membuat live bersama isteri pertamanya, Datin Red.

Pertama kali muncul di siaran live usahawan itu, Datin Red atau nama sebenarnya Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim kelihatan tersipu malu untuk membantu suaminya itu berniaga di platform tersebut.

Namun, Datin Red sempat menyakat pengikut suaminya untuk mendedahkan segala perkara yang pernah dikutuk oleh Datuk Red tentangnya sepanjang membuat live.

“Sebenarnya saya nak tanya awak semua, semenjak dia live ni saya sumpah tak tengok langsung live dia. Saya nak tahu apa yang dia kutuk-kutuk saya dalam live,” katanya.

Tenang melayan kerenah pengikut suaminya di TikTok, Datin Red turut membaca setiap satu respons yang diberikan oleh peminat.

“Oh, dia kata saya 7/10 garang, orang tua, radio rosak, radio buruk. Manja? Tak pernah dia cakap saya manja. Saya pemalu orangnya, sebenarnya saya first time live. Saya tak reti nak live.

”Lagi dia cakap apa? Gorgon? Kalau saya gorgon, tak berani dia nak kahwin lain,” selorohnya.

Terkejut menerima respons yang diberikan netizen, Datin Red sempat mendapatkan kepastian dari suaminya.

Namun, Datuk Red dengan tenang menafikan dan menyifakan netizen sengaja ingin melaga-lagakan mereka.

@datored5 kehadiran datin red 🤣🤣 #datored #datinred ♬ bunyi asal – DatoRed

Fatin Nurain