Hiburan By: Khairil Khusyairi December 20, 2023 @ 12:20pm

“Tiada Siapa Boleh Paksa, Kalau Rasa Dipaksa, Keikhlasan Itu Tak Datang Dari Hati” – Hannah Delisha

Aktres jelita Hannah Delisha mengakui setiap wanita yang berhijab ada pasang surut istiqamahnya agar terus berhijab.

Menurut Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch, dia akui itu adalah satu ujian buat mereka malah dirinya juga sering diingatkan agar terus istiqamah dengan pilihannya itu berhijab.

“Saya rasa setiap wanita yang memilih untuk berhijab ada ketika istiqamah itu akan bergegar juga. Ia normal, dia adalah sebahagian daripada hidup.

“Itu adalah satu ujian buat wanita, jadi pada saya untuk kekal istiqamah itu saya selalu ingat bahawa mengapa saya memilih untuk berhijab pada mulanya.

“Saya tetapkan itu sebagai peringatan pada saya setiap kali saya rasa macam kurang sedikit rasa istiqamah itu,” katanya kepada XTRA.

Kongsi isteri kepada aktor, Imam Shah ini lagi, dia bersyukur suaminya itu sering mengingatkan dirinya agar terus istiqamah.

“Secara jujurnya, apa yang penting adalah pergaulan, kawan-kawan kita sendiri. Ia sangat penting.

“Kawan-kawan lah yang beri kita motivasi, rasa positif dalam diri. Saya rasa itu membantu dalam perjalanan untuk istiqamah seseorang.

“Kita perlukan insan-insan yang terus menyokong perjuangan kita.

“Saya juga bersyukur ada suami, dia selalu ingatkan saya mengenai perkara ini,” ujarnya.

Ujar pelakon asal Singapura ini lagi, keikhlasan adalah menjadi perkara yang perlu ada dalam diri seseorang untuk terus kekal istiqamah.

“Untuk berhijab ini, tiada siapa yang boleh paksa. Kalau rasa dipaksa, keikhlasan itu tidak datang dari hati.

“Diri kita sendiri akan merasai perkara itu kerana apa yang kita lakukan adalah kerana Allah. Jika itu yang kita niatkan, Insya-Allah ia akan kekal selamanya.

“Tapi seperti apa yang saya cakap, dunia ini penuh dengan ujian. Ia normal, kita manusia tak sempurna, ada masa jatuh dan bangun,” kongsinya.

Terdahulu, Hannah mula mengenakan hijab pada penghujung tahun 2020.

ARTIKEL BERKAITAN: 3 Tahun Dirikan Rumah Tangga, Hannah Delisha & Suami Belum Bersedia Miliki Zuriat – “Jaga Anak Bukan Seperti Jaga Kucing”

ARTIKEL BERKAITAN: “Spoil Tengok Bengkung Tu” – Netizen Tegur Busana Merah Hannah Delisha Di KLFW

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Contest Fri, 18 Oct 2019

Stand A Chance To Be Up Close and Personal with KARD now!

ASICS combining with KARD to bring front bolder and more striking colourways for GEL-BND™ sneakers.

Trending Thu, 8 Oct 2020
Trending Sun, 11 Jul 2021

Lockdown Jadi Sebab The Truth Tangguh Muzik Video

Mencabar dan penuh dugaan. Itu yang dapat disimpulkan oleh duo The Truth yang dianggotai oleh Naufal Isa dan Irwan Fariz ketika berkongsi proses penerbitan single Infiniti yang baru sahaja dilancarkan di semua platform digital. Menurut […]

Featured Tue, 8 Feb 2022
Hiburan Mon, 5 Feb 2018

KYLIE JENNER GIVES BIRTH TO FIRST BABY WITH TRAVIS SCOTT

Kylie Jenner went into hiding last year after people started speculating on her pregnancy. Now, she has given birth and the baby daddy is none other than rapper Travis Scott.

Hiburan Wed, 17 Jul 2019

Tujuh Tahun Berkahwin,Betty Banafe Kembali Solo…

Saya anggap antara kami sudah tiada jodoh dan persefahaman untuk terus hidup bersama.

Featured Mon, 25 Mar 2024

Kongsi Video Keluarga, Kecantikan Anak-Anak Mustapha Kamal Raih Perhatian  – “Family Megah Holding Original”

Mestilah anak-anak segak dah mak paknya pun segak. Tengok Susan Menon tu, awet muda kan?😍