Hiburan By: SGMS Faida February 21, 2019 @ 7:30am

‘Tiada Yang Istimewa Lagi…’- Zizan Razak Tak Jadi Kahwin Tahun Ini?

Sering diasak soal kahwin, pelakon Zizan Razak mengaku tidak mahu terburu-buru.

Pemilik nama Razizan Abdul Razak yang sebelum ini dikaitkan bercinta dengan beberapa nama selebriti terkenal kini reda seandainya bertemu jodoh di usia lewat.

“ Saya berkawan dengan semua orang. Jujur, tiada yang istimewa lagi buat masa ini.

“ Demi Allah, saya tiada rancangan untuk kahwin dengan sesiapa malah saya tidak pernah buat kenyataan akan berkahwin dalam masa terdekat,” katanya ketika ditemui di sidang media filem Bikers Kental 2, semalam.

Akui Zizan, soalan yang diajukan sebelum ini di Instagram sebelum ini hanyalah sekadar soalan.

“ Memang saya ada tanya kepada pengikut secara santai ‘Guys kahwin tahun ini ke tahun depan, korang rasa?’. Saya sekadar bertanya saja.

“ Saya tidak tergesa dalam hal ini dalam masa sama saya juga tidak memilih.

“ Keutamaan saya adalah restu ibu. Kadang-kadang ada juga ibu tanya ‘Okay tak dia ni’. Kalau saya kata tak okay, maknanya dia faham kalau saya kurang berkenan. Yang pasti, kalau ada jodoh, ada. Cuma buat masa ini saya mahu fokus dengan karier,” katanya jujur.

Disoal tentang ciri wanita pilihan sama ada bertudung atau sebaliknya, Zizan memaklumkan apa yang paling penting dia mahukan wanita berpendirian.

“ Sekiranya diizinkanNya bertemu jodoh, bertudung atau tidak itu bukan keutamaan saya, yang penting wanita itu jujur, amanah dan punya pendirian.

“ Saya tidak menolak sekiranya bertemu jodoh dengan selebriti atau orang biasa kerana ini semua takdir Allah. Kalau saya pilih tetapi tidak diizinkanNya, maka saya perlu reda dan terus melangkah,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Zizan yang membintangi filem Bikers Kental 2 arahan Mohd Helmi Mohd Yusof menyaksikan Zizan membawa watak Bidin Al-Zaifa.

Filem ini turut menampilkan pelakon Dato’ Awie, Datuk Afdlin Shauki, Meau Julallangtip dan ramai lagi yang bakal ditayangkan pada 14 Mac 2019.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 3 Jan 2018

TICKETS TO RUSSELL PETERS SHOW IN KUALA LUMPUR NOW AVAILABLE!

The international comedian-turned-actor will be doing a show in Kuala Lumpur in March. Tickets are now available for purchase.

Featured Wed, 28 Sep 2022
Featured Mon, 22 Aug 2022

[VIDEO] Lucu! Jebat Jayden Kantoikan Sharnaaz Ahmad Ada Girlfriend

Alahai comelnya! Spontan je dia jawab baba dia.

Hiburan Wed, 10 Aug 2022
Featured Fri, 16 Dec 2022

Qistina Raisah Tampil Bersuara Mengenai Video Tular Bersama Lelaki – “Henry Itu Abang Kandung Saya!”

Sebelum ini, pelakon remaja Qistina Raisah pernah menjadi bualan ramai apabila tular perkongsian dirinya bersama seorang lelaki di TikTok. Tidak mendiamkan diri, baru-baru ini, Qistina tampil mendedahkan identiti sebenar lelaki tersebut yang merupakan abang kandungnya […]