Hiburan By: SGMS Faida January 13, 2020 @ 2:21pm

‘Tipulah Kalau Kata Tak Takut’- Naim Daniel

Penyanyi Naim Daniel mengaku mahu kurangkan bekerja menjelang Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) tidak lama lagi.

Kata Naim ketika ditemui Xtra, dia mahu fokus dengan kesihatan bagi memastikan persembahan yang luar biasa pada malam itu nanti.

“Tipulah kalau saya kata tidak takut. Saya mahu rehat dan tidak menerima undangan persembahan terlalu banyak selepas ini. Ini pertama kali saya bergelar finalis AJL jadi saya mahu all out.

“Saya mahu penonton yang datang menyaksikan persembahan secara langsung dan juga yang tengok di rumah pada hari itu dapat menjiwai apa yang saya bakal sampaikan,” katanya bersemangat.

Naim yang bakal membawakan lagu Sumpah ciptaan di AJL 34 mengikuti kelas latihan mengasah vokal bersama Datuk Syafinaz Selamat.

Dalam masa sama, Naim mengaku memasang impian mahu merangkul trofi pada malam itu nanti.

“Tipulah kalau saya kata tak mahu menang. Sesiapa yang masuk pertandingan pasti ada perasaan nak menang. Bila orang doakan agar lagu Sumpah berjaya, saya Aminkan segera. Biar benda itu jadi satu doa, ibarat pembakar semangat,” akhiri Naim.

Oleh FAS.

Anugerah Juara Lagu 34 bakal ditayangkan secara langsung di TV3 pada 9 Februari ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 2 Oct 2018

彩妆大师小凯「化身月老」首揭超完美底妆

带着全新彩妆品牌的小凯老师日前来马会粉丝!见面会上他不仅分享彩妆潮流和小诀窍,还现场「化身月老」逗趣地说:“趁着大家都在,今天我顺便结婚了!”

Acara Fri, 28 Oct 2022

Aeril Zafrel Dedah Pernah Setahun Menyamar Jadi ‘Sis’ Gara-Gara…

Pelakon Aeril Zafrel mendedahkan pernah menjadi ‘sis’ ketika mula berjinak dalam perniagaan empat tahun lalu. Tidak mengupah pekerja untuk mengendalikan pesanan serta produk perniagaan, Aeril mengendalikan perkara terbabit bersama isteri, pelakon Wawa Zainal. “Hampir setahun

Hiburan Fri, 25 Nov 2022

Comel! Gelagat Anak Bella Astillah Buat TikTok Curi Tumpuan

Anak kepada pelakon Bella Astillah iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna sekali lagi mencuri tumpuan netizen dengan gelagat comel dan bijaknya itu. Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Bella di laman TikToknya dimana

Events Fri, 27 Jul 2018

#daiTV3 : Agaknya Siapakah Dai’ Yang Bakal Tersingkir?

#daiTV3 akan menampilkan kembali 10 orang bakal pendakwah nusantara yang akan tampil dengan isu dakwah terbaharu yang diberikan sebagai tugas mereka untuk minggu kedua ini. 

Hiburan Wed, 18 Sep 2019

Atikah Belajar Bahasa Sepanyol Untuk Drama Terbaharu

Pelakon yang berasal dari Singapura, Atikah Suhaime (29 tahun) mengakui watak wartawan yang dipegang dalam drama terbaru lakonannya, arahan Faisal Ishak iaitu Poskad Dari Alhambra agak mencabar kerana wataknya menuntut Atikah supaya fasih berbahasa Sepanyol.

Hiburan Fri, 30 Aug 2019

Pengalaman Mematangkan Fasha Sandha

Kita hidup hanya sementara, buang jauh benci dan sengketa

Featured Wed, 2 Feb 2022

“Tidak Ada Istilah Payung Emas Atau ‘Free Gift’, Ia Hadis Palsu” – Ini Jawapan Dr Zulkifli Bila Wanita Tolak Poligami

Isu poligami ni memang panas eyh? sepanas hati perempuan bila suami nak kahwin lagi…

Featured Tue, 30 Aug 2022

Tarikh Nikah Makin Hampir, Netizen Minta Shahir Zawawi Bayar Hutang RM4,000 Sebelum Kahwin?

Alamak, ni apa kes? Betul ke Shahir berhutang sampai 4 ribu? 🤯😣

| Live TV