Hiburan By: Padin March 18, 2024 @ 5:33pm

Sajian Bingkisan Menarik Fail Mahkamah, 999 & Majalah 3… Jangan Lupa Saksikan Best 9 Malam Sepanjang Ramadan Di TV3!

Sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini, peminat dan penonton setia TV3 bakal disajikan dengan pelbagai program dan rancangan menarik untuk tontonan seisi keluarga.

Bingkisan Fail Mahkamah, 999 dan Majalah 3 yang menampilkan topik istimewa bakal menarik minat penonton untuk terus setia di kaca televisyen.

Fail Mahkamah: Ramadan Terakhir Nur Alya

Fail Mahkamah: Ramadan Terakhir Nur Alya menceritakan mengenai kisah seorang pelajar Kolej Vokasional Port Dickson yang ditemui meninggal dunia di tepi jalan di Taman PD Permata, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Kematian mangsa disyaki melibatkan bekas teman lelaki yang didakwa sebagai dalang utama di sebalik kes pembunuhan tersebut.

Penonton boleh menyaksikan Fail Mahkamah: Ramadan Terakhir Nur Alya pada 20 Mac ini, jam 9 malam.

999

Tidak ketinggalan juga sepanjang Ramadan ini, jangan lupa saksikan siri televisyen popular yang merangkumkan berita jenayah Malaysia iaitu 999. Rancangan ini akan bersiaran setiap Selasa jam 9 malam dengan pengisan terkini mengenai jenayah yang sedang berlaku dalam negara.

Pelbagai segmen yang terkandung dalam program 999 antaranya laporan khas, rangkuman jenayah seminggu, tragedi dan viral.

Majalah 3

Selain itu, penonton juga akan dihidangkan dengan program Majalah 3 yang bersiaran setiap Isnin menerusi episod khas iaitu 10 Tahun MH370 dan Pesta Angin Timur Perlis 2024.

10 Tahun MH370 akan mengisahkan tentang teori terkini mengenai pesawat MH370. Walaupun misi pencarian telah dihentikan pada tahun 2018, namun penyiasatan masih lagi diteruskan.

Terkini, teori baharu telah dikemukan oleh pakar dan berkemungkinan mencetus kembali misi pencarian yang memungkinkan penemuan pesawat MH370 yang hilang secara misteri.

Pelbagai isu berkait turut akan dibincangkan bersama bekas Ketua Juruterbang Serantau MAS Kapten Datuk Nik Ahmad Huzlan dan Ahli Geostrategis Prof Madya Dr Azmi Hassan.

Sementara itu, Pesta Angin Timur Perlis 2024 pula merupakan Program Pelancongan berasaskan kebudayaan yang utama di Perlis.

Pesta kali ini berlangsung di Kampung Lat Seribu, Tambun Tulang, Arau selama tiga hari bermula 1 Mac ini dan bakal menampilkan 11 aktiviti baharu untuk tarikan pengunjung.

Dalam liputan Majalah 3 akan mengetengahkan aktiviti kampung yang jarang-jarang boleh didapati pada masa kini.

Penonton boleh menyaksikan Majalah 3 malam ini, jam 9 malam di TV3.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 8 Nov 2023

Nekad Tinggalkan Dunia Glamor, Altimet Tolak Tawaran Menyanyi Demi Membantu Rakyat

Selamat tinggal Altimet! Kami sebenarnya rindu dengan persembahan Altimet❤️

Events Wed, 9 Jan 2019
Hiburan Thu, 4 Jan 2024
Hiburan Mon, 12 Jun 2023
Featured Thu, 13 Apr 2023

Syada Amzah Perjelas Ibu Ke Mahkamah Bukan Untuk Fail Cerai, Kunci Mulut Tujuan Sebenar

Syada Amzah enggan dedah tujuan sebenar ibu ke mahkamah

Hiburan Wed, 10 Aug 2022

Gabung Elemen Etnik Jawa & EDM, Aisha Retno Memperkasakan Wanita Dengan Sutera

Sutera lagu Aisha Retno yang memperkasakan kaum wanita.