Tok Ti Teruja Nak Sambut Birthday Aafiyah

Sebut sahaja pasal Tok Ti mesti ramai yang teruja melihat telatah puteri sulung kesayangannya, Siti Aafiyah yang semakin membesar. 

Penyanyi nombor satu ini turut mengakui sangat teruja mahu menyambut ulang tahun kelahiran Aafiyah pada 19 Mac ini. Meskipun ini pengalaman pertama Siti, namun segala perancangan menyambut hari bahagia buat Aafiyah sedang rancak difikirkan.

” Saya dah mula plan macam-macam kerana terlalu teruja. Walaupun birthday Aafiyah jatuh pada bulan Mac. Kadang-kadang suami saya tertawakan saya sebab terlalu teruja. Tapi dia ssarankan saya untuk mengambil khidmat perancang majlis profesional sahaja.” Katanya.

Sumber : Instagram @ctdk

Terbaharu, Siti bakal mengadakan konsert jelajah Siti Nurhaliza On Tour pada 21 Februari ini bermula di Indonesia, 2 Mac 2019 (Singapura) , 16 Mac 2019 (Kula Lumpur), dan 22 April 2019 (Albert Hall, London).

Apapun, kita doakan semoga semuanya berjalan lancar buat penyanyi kesayangan ramai ini okay! Tak sabar rasanya nak tunggu 19 Mac nanti. Mesti meriah birthday Aafiyah!

Salma Syahbuddin