“Tolong Block Si Diana Ni, Serabut Betul Komen Dia”- Neelofa Bengang Individu Kerap Sebut Nama…

Video live TikTok usahawan dan selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor tular selepas dia dikatakan berang dengan tindakan seorang individu yang dikenali sebagai Diana.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh individu yang dikenali sebagai @ainism menerusi akaun TikTok miliknya, Neelofa yang ditemani suaminya, Haris Ismail atau PU Riz, dilihat sedang mengadakan sesi live di TikTok berkenaan inai dan produk terbaharu mereka yang akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Namun, sesi live tersebut menjadi tegang seketika apabila individu yang dikenali sebagai Diana kerap meninggalkan komen berbentuk provokasi di ruangan komen dan menyebut nama selebriti lain.

“Kalau lah Fazura buat inai mesti lagi best,” tulisnya.

Tidak berdiam diri dengan komen yang ditinggalkan, Neelofa akhirnya meminta untuk menyekat komen individu terbabit.

“Tolong block si Diana ni, serabut betul tengok komen dia,” katanya.

Menerusi tinjaun Xtra di ruangan komen berkenaan, rata-rata warganet tidak menyangka Neelofa akan bertindak sedemikian bahkan ada yang membandingkan beliau dengan Mizz Nina dari segi percakapan dan tingkah laku.

Salma Syahbuddin