‘Tolong Cari Nora…’- Fasha Sandha

Kehilangan remaja dari Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, sejak Ahad lalu di sebuah resort di Pantai, turut menarik perhatian selebriti tanah air, Fasha Sandha.

Fasha memuat naik gambar Nora Anne menerusi akaun Instgramnya dan meminta orang ramai turut serta membantu pihak berkuasa mengesan mangsa.

“Sesiapa yang berada di Seremban dan berjumpa dengan Nora (Anne) mohon hulurkan bantuan.

“Tolong! Semoga Nora dapat ditemui dalam keadaan selamat,” tulisnya beserta gambar yang dimuat naik dalam akaun Instagram miliknya, hari ini.

Menurut Fasha, sebagai seorang ibu, dia turut tersentuh hati dengan rayuan ibu mangsa, Meabh Jaseprine Quoirin, yang meminta supaya anaknya pulang ke pangkuan keluarga.

Nora Anne yang mengalami masalah pembelajaran dilaporkan hilang ketika menginap di sebuah resort di sini bersama keluarganya sejak Ahad dan pihak berkuasa sudah pun melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang kini sudah pun memasuki hari ke-enam.

Oleh: Endy Ashari

SGMS Faida