Tragedi Kek Tumbang Datuk Alha Alfa, Siapa Yang Salah?

Kelam kabut jadinya apabila majlis yang berlangsung penuh glamor bertukar kecoh apabila kek perkahwinan yang dibina daripada kaca, setinggi dua meter tumbang dan jatuh berderai sewaktu majlis resepsi perkahwinan Datuk Alha Alfa (31) dan pasangannya Noor Azlin Ismail (23) di Dewan Mindef semalam. 

Semasa kejadian, Datuk Alha dan isteri sedang bergambar dengan sekumpulan tetamu apabila kek yang diletakkan berdekatan pentas utama tumbang dengan tiba-tiba. 

“Walaupun dalam perancangan nak pacak kek itu tengah-tengah rumah..hahah habis berderai semuanya. Apa pun abg @nasgreatidea_weddings memang terhebat kek tu..takpe kek boleh cari..kenangan yang terjadi tu memory selamanya.

“Maaf yang tak dapat merasa kek tu..syukur tak ada orang kat belakang kalau tak jenuh berjahit muka nanti,” tulis Alha atau nama sebenarnya Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil. 

Walaupun tak menyalahkan mana-mana pihak dan menganggap ianya bukan rezeki, perancang perkahwinan terkenal, Nas Great Idea & Weddings  pula dipersalahkan oleh pihak yang menyediakan kek setinggi 8 tingkat itu.

Nas telah berkongsi dengan pengikut instagram yang kerjanya bukan mudah. Walaupun sudah berhempas pulas menyiapkan majlis sebaik mungkin supaya dapat memuaskan hati semua pihak, kadang-kadang perkara tak dijangka boleh berlaku. 

“Bukan senang nak jadi ‘wedding planner‘. Benda yang tak disangka-sangka terjadi dan kadang-kadang sendiri kena tanggung,” tulisnya.

 

Bukan itu sahaja, pihak Nas Great Idea juga diminta oleh pembuat kek tersebut supaya membayar ganti rugi dan berang apabila orang memperkatakan tentang kualiti kek yang diperbuat daripada kaca itu yang dikatakan tidak mengikut spesifikasi keselamatan. 

Siapa yang salah sebenarnya, wallahu’alam. Harap-harap perkara ini dapat diselesaikan dengan baik. Bukan apa, kita hanya mampu merancang, tapi Allah yang menentukan. Ambil saja iktibar dari pengalaman ini.  Kadang-kadang idea memang beribu, tapi kalau rasanya berisiko tinggi, baik abaikan je lah. 

Usahawan kosmetik yang asalnya merupakan jurusolek ini juga berkongsi bahawa kos pelaminnya saja ialah sebanyak 500 ribu ringgit! Wow! Berapa lah agaknya kos keseluruhan majlis Datuk Alha ni…

Del14