[TRENDING] Antara Momen Semasa Konsert BCL, Nombor 4 Paling Sedih!

Pemergian Ashraf Sinclair sememangnya meninggalkan kesan buat semua insan yang dekat dengan beliau. Perginya tidak terduga, kehilangannya tidak terganti.

Terbaharu, selepas berkabung saat pemergiannya, isteri tercinta Allahyarham Ashraf iaitu Bunga Citra Lestari kembali muncul di atas pentas nyanyian dan membuat persembahan Friday Fusion di SQ Dome.

Ini antara momen semasa konsert BCL dijalankan. Nombor 4 paling sedih!

1. Sahabat BCL Hadir Temani

BCL ternyata tidak keseorangan apabila sahabat baiknya, penyanyi Afghan dan Vivi Aldiano turut tampil memberi sokongan buat BCL . Kedua-dua sahabat baik ini juga tidak habis menyebut perkara lucu untuk menghiburkan BCL pada malam itu.

 

2. Penampilan Profesional BCL Semasa Lagu “Karena Ku Cinta Kau”

Sangat mengharukan! Ketika lagu Karena Ku Cinta Kau diputarkan, BCL sempat berhenti menyanyi kerana tidak dapat menahan sebak. Namun BCL bersikap profesional apabila selepas itu menyambung semula nyanyian. Respect!

 

 

3.  “Aku Tak Mahu Sendiri”

“Aku tak mahu sendiri”. Lirik ini sangat menyentuh hati BCL yang sedang berduka dengan pemergian Ashraf. Ya, BCL anda tidak keseorangan. Penonton dan para netizen yang melihat video ini juga tidak dapat menahan dariapda terus menangis ketika nyanyian penuh jiwa oleh BCL.

 

4. Penonton Ikut Menangis Semasa “Cinta Sejati” Dimainkan

 Ternyata, ketika mendendangkan lagu Cinta Sejati, BCL tidak dapat menahan sebak. Malah BCL turut memberitahu penonton yang hadir bahawa setahun yang lalu beliau membuat persembahan di tempat yang sama ditemani oleh arwah suaminya. Tempat itu sangat bermakna lantaran memori dan nostalgia sewaktu mereka bersama. 

 

5. Ekspresi BCL Semasa Atas Pentas

Ini merupakan antara ekspresi BCL sepanjang konsertnya dijalankan . Meruntun jiwa apabila melihat kesemua reaksi ini. Sungguh, kamu memang wanita tabah Bunga!

 

 

 

 

 

 

Baca juga: “Ashraf sekarang Adalah Malaikat Yang Menjaga Saya” – Ashraf Sinclair Imbau Nostalgia Kanak-kanak

Baca juga: “Kau Pergi Terlalu Awal Sahabatku” – Sazzy Falak Jumpa Ashraf Sinclair Buat Kali Terakhir

Baca juga: Aishah Sinclair Terima Khabar Duka Sebaik Sahaja Tiba Di Konti MIX FM

Baca juga: Berat Melihat Sahabat Sedih, Rossa Janji Temani Bunga Citra Lestari Sekurang-Kurangya 1 Jam Setiap Hari

Sumber: Instagram Rezha, Instagram Ana, Twitter ibcig.

Syafiqa Irdina