Trouble Is A Friend… Lenka Bakal Buat Konsert Di Malaysia Pada 1 Mei Ini!

Pemuzik dan penyanyi wanita antarabangsa, Lenka bakal mengadakan konsert di Malaysia.

Menurut Push Play selakun penganjur, persembahan Lenka ini akan berlangsung di Malaysia dan dijadualkan pada 1 Mei 2023 di Zepp KL bermula pada pukul 8.30 malam.

Deretan lagu popular seperti Trouble is a Friend, Blue Skies, Everythin’s Okay dan sebagainya bakal dipersembahkan pada malam itu.

“Konsert ini juga akan membawa memori terindah kepada para peminat dan mereka akan berpuas hati dengan persembahan Lenka yang tidak lama lagi dipersembahkan di Malaysia,” menurut Nika, Ketua Pegawai Eksekutif mewakili Push Play.

Menurut Push Play, tiket-tiket konsert Lenka dijual dalam beberapa kategori iaitu RM189 untuk Zon Berdiri atau Blinded by Love, RM239 untuk Zon Duduk atau Don’t Let Me Fall dan RM3,800 untuk VIP Box atau The Show.

Penonton boleh melayari www.myticket.asia untuk membeli tiket secara dalam talian.

Jika anda adalah peminat Lenka, jangan melepaskan peluang yang terindah dan menikmati persembahan dan muzik penyanyi wanita berbakat besar ini.

Padin