Tular Foto Merisik, Zara Zya Pilih Kunci Mulut – “Belum Waktunya Lagi”

Sebelum ini, tular sekeping foto pelakon, Zara Zya disarung cincin merisik di media sosial.

Susulan itu, memetik laporan Boom! Zara Zya memilih untuk mengunci mulut daripada memberi sebarang komen mengenai foto tersebut.

Bukan itu sahaja, Zara turut tidak menafikan atau mengiyakan mengenai status dirinya yang kini bergelar tunangan orang atau sebaliknya.

“Belum waktunya untuk saya berkongsi mengenai hal itu. Kalau boleh, saya tak mahu cakap apa-apa sekarang.

“Saya minta maaf sebab tak boleh beri apa-apa komen buat masa ini. Apabila tiba masanya, saya akan kongsi dengan semua,” kata Zara.

Namun begitu, Zara meminta orang ramai untuk mendoakan dan berterima kasih atas keprihatin terhadap dirinya.

“Apa yang boleh dikatakan, doa baik-baik saja untuk saya. Apapun, terima kasih kerana prihatin,” luahnya.

Artikel Berkaitan: “Saya Dah Bersedia Untuk Bergelar Isteri”- Zara Zya Beri Bayangan Tamat Zaman Bujang Tahun Ini?

Artikel Berkaitan: Dalam Proses Kenal Hati Budi Seseorang, Zara Zya Mengaku Sedang Bahagia

Sumber: BOOM!

Atiqah Johari