Tular Foto Nampak L*rah, Netizen Dakwa Eyka Farhana Makin Berani

Heboh di ruangan media sosial sejak pagi tadi mengenai foto memaparkan selebriti terkenal Eyka Farhana yang berpakaian seksi.

Foto tersebut dimuat naik menerusi sebuah video di aplikasi TikTok oleh seorang pengguna dan ia telah meraih perhatian orang ramai yang terkejut melihat penampilan Eyka.

Menerusi dua keping gambar yang dimuat naik, Eyka yang memakai dress biru yang didakwa seksi serta menonjolkan bentuk bahagian dadanya sehingga terpapar lurahnya.

Dalam foto berkenaan, Eyka dilihat sedang menikmati juadah bersama rakan-rakannya yang lain.

Sebelum ini, nama aktres jelita ini menjadi bualan hangat netizen selepas menayang separuh badan serta pusatnya menerusi sebuah video pakaian dalam jenama antarabangsa di Instagram miliknya.

Artikel Berkaitan: Beraksi Manja Atas Sofa, Netizen Kecam Eyka Farhana Tampil Seksi Tayang Pusat Menerusi Kempen Pakaian Dalam

Kini, Eyka terpalit kontroversi sama namun didakwa semakin berani dan rata-rata netizen menyifatkan dress biru yang dipakaiannya terlampau seksi.

Tinjauan di ruangan komen video di TikTok berkenaan, ramai dalam kalangan netizen yang berdebat mengenai sebab Eyka memilih untuk memakai pakaian seperti itu.

 

Aqilah Paharuzi