Tular Video Aksi Panas Di Kelab Malam, Penyanyi Remaja Lelaki Popular Didakwa Ghairah Bercumbu & Berpelukan?

Baru-baru ini, timbul satu kontroversi melibatkan seorang penyanyi remaja lelaki popular yang didakwa mencium seorang wanita di sebuah kelab malam.

Memetik laporan BOOM!, kontroversi ini muncul apabila video yang berdurasi lima saat itu tersebar di laman sosial yang dimuat naik oleh sebuah akaun TikTok sehari lalu.

Menerusi video itu, dilihat penyanyi yang berumur 20-an tersebut sedang berhibur di kelab malam dan apa yang lebih mengejutkan adalah dia dilihat memeluk seorang wanita sebelum mencium di bahagian pipi dan leher.

Wanita itu pula dilihat mengenakan pakaian yang seksi sehingga memperlihatkan bahagian dadanya.

Bukan itu sahaja, penyanyi remaja lelaki tersebut juga didakwa sering terpalit dengan isu yang melibatkan kejadian di kelab malam sejak beberapa tahun lepas lagi.

Malah, baru-baru ini juga penyanyi remaja tersebut terpalit dengan sebuah gosip yang mendakwa dirinya sudah berkahwin dengan seorang wanita kerana terlanjur namun telah dinafikan oleh keluarganya.

Sumber: BOOM!

Atiqah Johari