Tak Kisah Jawatan Perdana Menteri Lambat Diumumkan, Aeril Zafrel Harap Keputusan Capai Kata Sepakat

Pelakon dan usahawan terkenal, Aeril Zafrel bersabar menanti pengumuman bakal Perdana Menteri ke-10 Malaysia.

Menurut Aeril, lebih baik keputusan yang akan dibuat mengambil lebih masa bagi mendapatkan kata sepakat semua pihak dalam menentukan keputusan yang terbaik.

“Seeloknya begitu, berbanding kita cepat-cepat buat keputusan, end up tidak memberikan keputusan yang bagus.

“Better delay sehari dua untuk mendapat kata sepakat diantara mereka. Bagi saya sebenarnya bagus sahaja mereka bergabung kerana kita bukan nak tunjukkan siapa yang lagi hebat tetapi kita nak buktikan negara Malaysia boleh membangun,” jelasnya.

Aeril ditemui XTRA sewaktu sesi fotografi drama terbaharu berjudul Serpihan Sayang di Sri Pentas, Bandar Utama, semalam.

Aeril juga berpendapat Undi18 mempunyai baik dan buruknya dalam pilihan raya kali ini.

“Kebaikannya mungkin usia muda boleh memilih. Tapi kebanyakan umur 18 tahun ni mereka tidak bekerja lagi, jadi mereka masih belajar.

“Bila orang tak kerja lagi ni, sebenarnya mereka belum mahir dari realiti sebenar di dunia pekerjaan. Tapi apa pun itu keputusan pihak tertinggi yang buat jadi kita raikan sahajalah,” jelas Aeril lagi.

Halimey Zamal