Tular Video Aliff Aziz Berhibur Di Kelab Malam Bersama Seorang Wanita, Rakan Dedah Perkara Sebenar – “Tak Pasal Member Kena Fitnah…”

Baru-baru ini, sebuah video tular memaparkan pelakon dan penyanyi lelaki popular, Aliff Aziz sedang berhibur di kelab malam bersama seorang wanita.

Video yang dimuat naik oleh individu tidak dikenali menunjukkan Aliff berada di sebuah kelab malam terletak di ibu kota sekitar jam 5 pagi.

Susulan itu, nama suami kepada pelakon dan penyanyi, Bella Astilah ini hangat menjadi perbualan ramai di serata media sosial. Malah, Aliff turut menutup ruang komen di hantaran terbaru di Instagramnya.

Menyedari isu semakin hebat diperkatakan, rakan Aliff yang juga pelakon, Shahidan Izwan tampil menjelaskan perkara sebenar disebalik video tular itu.

“Tak pasal-pasal member kena fitnah,” tulisnya beserta tanda pagar tajuk drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah di Instagram Story.

Hantaran video tersebut seolah-olah menjawab desas-desus yang mendakwa pelantun lagu Sayang Sayang itu membelakangi isterinya.

Sebelum ini, nama Aliff dikaitkan bermesra dengan seorang pelakon wanita saat isterinya sedang sibuk bertanding, namun sehingga kini masih tiada sebarang respons daripada pihaknya sendiri.

Terdahulu, isterinya, Bella mendedahkan hubungan suami isteri mereka sedang goyah kerana telah disihir.

Artikel Berkaitan: Dedah Terkena Sihir Pemisah, Bella Astillah & Aliff Aziz Mahu Teruskan Hidup Seperti Biasa

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Saya Terkejut, Lebih 10 Kali Dia Cakap” – Jarang Buat Pemeriksaan Kesihatan E.N.T, Doktor Label Aliff Aziz ‘Lelaki Tidak Berguna’ Gara-Gara…

Aqilah Paharuzi