Tular Video Berkebun, Syamsul Yusof Nafi Ada Akaun TikTok & Facebook – “Tu Semua Fake”

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan pengarah tersohor sibuk mengendalikan ladang dusun durian Musang King di aplikasi TikTok.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Bijak Guna Duit Beli Tanah, Bukan Main Saham” – Syamsul Yusof Tayang Dusun Durian Musang King Raih Pujian Netizen

Menyedari video berhubung dirinya tular, selebriti yang juga seorang pelakon ini memaklumkan hanya aktif dan mempunyai satu akaun media sosial sahaja iaitu Instagram.

“Saya tiada akaun TikTok atau Facebook. Jika ada tu semuanya FAKE. Harap maklum. Saya cuma ada Instagram ini sahaja,” katanya.

Berdasarkan pemerhatian XTRA akaun TikTok yang menggunakan nama @syamsulyusoffilm mempunyai 43,000 pengikut dan sehingga kini masih aktif berkongsi perkembangan diri Syamsul.

Bagaimanapun, pengakuan suami kepada pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana mengukuhkan bahawa akaun TikTok tersebut hanyalah direka oleh peminatnya sahaja.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Perkara Ini Tak Sepatutnya Berlaku” – Ahli Keluarga Ira Kaza Akan Dikena Tindakan Mahkamah Gara-Gara Langgar Perintah Injuksi Puteri Sarah

Aqilah Paharuzi