Tunggu Masa Yang Tepat, Zara Zya Bakal Umum Calon Suami

Pelakon Zara Zya, hanya menunggu masa yang tepat untuk mengumumkan siapakah jejaka yang bakal dikahwininya.

Menurut Zara, perkahwinan adalah target seterusnya selepas dia berjaya dalam bidang seni dan perniagaan.

“Tunggu, sabar. Saya nak simpan dulu. Bila sudah tepat pada waktunya, keluar.

“Tak naklah macam sebelum ini. Orang keluarkan gosip, sampai sekarang orang berteka-teki dan mendoakan saya.

“Alhamdullilah, orang mendoakan yang terbaik dan sentiasa menanti siapakah gerangannya. Jadi, biar orang tertunggu dulu, sampai masa saya terus umum,” katanya.

Selain itu, Zara turut menyatakan jejaka itu bukanlah salah seorang yang pernah dikenenkan dan enggan mendedahkan sama ada jejaka terbabit adalah orang dalam industri hiburan.

“Siapakah dia, tunggu. Belum lagi kisahnya keluar di media sosial. Saya berjaya menyimpan mengenainya. Ramai orang petik yang orang itulah, inilah, tetapi tidak!” katanya.

Sebelum ini, Zara juga turut dikaitkan dengan pelawak, Shuib dan Datuk Alha Alfa.

ARTIKEL BERKAITAN: Shuib Dipanggil ‘Gentleman’, Peminat Kenenkan Dengan Zara Zya – “Kalau Dengan Dia, I Suka”

Sumber: Harian Metro

Fatin Nurain