TV3 & TV9 Bakal Menyajikan Program Program Menarik Sempena Syawal

Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita bakal menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama dengan ahli keluarga dan sanak saudara.

Sudah pastinya, program-program yang menarik akan menjadi pilihan semua untuk menonton di pagi raya terutama sekali di saluran TV3 dan TV9.

Dengan itu, dua saluran ini bakal menyajikan anda dengan pelbagai program yang menarik sepanjang dua minggu pertama di bulan Syawal.

Nantikan program dari TV3 seperti program inspirasi dan bual bicara seperti Malaysia Hari Ini Raya, Tanyalah Ustaz Raya dan Detik 12 Malam Raya, program hiburan seperti Sampaikan Raya, Melodi Raya, Famili Duo Raya, Tonton Soundstage X Seindah Kasih dan Dimensi AJL37, mini siri raya iaitu Cikgu Terpaling A dan Geng Daddy Daddy.

Tidak ketinggalan juga telefilem raya seperti Maaf Terakhir, Cik Diva Balik Kampung, Nun Mati Bertemu Alif, Demi Masa, Keikhlasan Cinta, Hello Suri dan Tonton Original: Seindah Kasih serta dua drama bersiri popular iaitu Akasia: Kerasnya Takdir dan Sakura: Segenap Takdir.

TV9 pula menyediakan filem-filem blockbuster untuk tontonan seisi keluarga menerusi slot Kuasa 3 Malam dan Wayang Hujung Minggu seperti Kabhi Khushi Kabhie Gham, Jumanji: Welcome To The Jungle, KL Special Force, The Mummy, The Mummy Returns dan Senario The Movie.

Bukan itu sahaja, jangan lupa untuk saksikan episod akhir Dapur Tempur Ra-Ra yang menampilkan pasangan pasangan selebriti ibu & anak Nabila Huda & Keisha Laila (“Double Trouble”) bertempur dengan kakak & adik Idziatul Shima Samarudin, & Muhammad Hanis Samarudin (“Seketul Rasa”).

Kesemua program ini bukan sahaja boleh ditonton menerusi kaca televisyen anda sahaja tetapi boleh distrim langsung secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my atau di aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store.

Izzi Farhana