Tya Arifin Selamat Lahirkan Anak Kedua

Menantu kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza, Tya Arifin selamat melahirkan anak perempuan, hari ini.

Berita gembira itu dikongsi menerusi laman Instagram Tya pada pagi ini.

“ Alhamdulillah syukur Ya Allah, Assalamualaikum Azzahra Jiwa Binti Muhammad Asyraf,” tulisnya ringkas.

Memetik laporan Harian Metro, Azzahra dilahirkan secara normal dengan berat 3.6 kilogram.

Suaminya, Muhammad Asyraf Khalid berkata, isterinya kini dalam keadaan stabil.

“Alhamdulillah, proses kelahiran berjalan lancar dan selamat. Isteri saya kini dalam keadaan stabil,” katanya.

Tya dan Asyraf masing-masing berkongsi berita gembira itu menerusi Instagram mereka dengan menyertakan foto bersama anak kedua mereka itu.

Pasangan itu juga turut berkongsi foto bahagia mereka di Instagram Azzahra yang dibuka sejak pagi tadi dan mula diikuti lebih 5,000 pengikut.

Tya dan Asyraf berkahwin pada 2015 dan dikurniakan cahaya mata pertama, Arif Jiwa pada 31 Mac 2017.

SGMS Faida