Ubai Nervous Nak Jumpa Bakal Ibu Mertua, Siap Praktis Cara Lamar Shila Amzah – “Izinkan Saya Halalkan Anak Aunty”

Penyanyi Shila Amzah tampil berkongsi detik cemas buat kekasihnya juga seorang pempengaruh, Ubai MZ yang gementar ingin berjumpa ibunya, Datin Fauziah Sarman untuk berbuka bersama.

Perkara itu telah didedahkan oleh Shila menerusi rakaman live yang dimuat naik di Instagram, semalam.

Dalam perkongsian tersebut. Ubai kedengaran begitu gugup untuk menyatakan hasratnya untuk membawa hubungannya bersama Shila ke arah yang lebih serius.

“Aunty, macam aunty dah tahu tujuan saya datang sini nak cakap pasal apa. Macam aunty tengok kat news semua tu, sekarang ni biarlah aunty dengar daripada mulut saya sendiri.

“Sebenarnya hari ni saya nak bagi tahu aunty yang saya nak bawa perhubungan saya dengan Sha ni ke arah yang lebih serius. Macam aunty dah tahu ada video beli cincin lah apa lah. Saya memang serius dengan anak aunty.

Dalam perkongsian tersebut Shila sempat berlakon menjadi ibunya dan menyatakan kebimbangannya sekiranya anaknya itu perlu melalui fasa yang sama seperti hubungan cintanya terdahulu.

“Saya pun yakin dan saya rasa saya mampu jadi yang lebih baik daripada sebelum ini. Macam mana aunty tahu dan sekian maklum semua tahu, saya dengan anak aunty ni rapat. Sayalah yang bawa keluar dia, sayalah yang teman dia. Jadi untuk mengelakkan fitnah yang memang dah ada sekarang ini, izinkan saya untuk menghalalkan anak aunty.

@xtra_my Macam dah ade bau-bau nasi minyak gais 😍😜 #fyp #xtramy #ubai #lamar #shilaamzah #jumpaibu #kahwin #beritaditiktok #sembangentertainment ♬ original sound – XTRA

Menerusi perkongsian di Instagram Story (Igs), Shila turut memuat naik gambarnya bersama ibunya dan Ubai sambil diiringi lagu I Do nyanyian Colbie Caillat.

ARTIKEL BERKAITAN: “I Said Yes” – Pergi Ambil Cincin, Shila Amzah Terima Lamaran Ubai Jadi Isteri?Penyanyi Shila Amzah tampil berkongsi detik cemas buat kekasihnya juga seorang pempengaruh, Ubai MZ yang gementar ingin berjumpa ibunya, Datin Fauziah Sarman untuk berbuka bersama.

Perkara itu telah didedahkan oleh Shila menerusi rakaman live yang dimuat naik di Instagram, semalam.

Dalam perkongsian tersebut. Ubai kedengaran begitu gugup untuk menyatakan hasratnya untuk membawa hubungannya bersama Shila ke arah yang lebih serius.

“Aunty, macam aunty dah tahu tujuan saya datang sini nak cakap pasal apa. Macam aunty tengok kat news semua tu, sekarang ni biarlah aunty dengar daripada mulut saya sendiri.

“Sebenarnya hari ni saya nak bagi tahu aunty yang saya nak bawa perhubungan saya dengan Sha ni ke arah yang lebih serius. Macam aunty dah tahu ada video beli cincin lah apa lah. Saya memang serius dengan anak aunty.

Dalam perkongsian tersebut Shila sempat berlakon menjadi ibunya dan menyatakan kebimbangannya sekiranya anaknya itu perlu melalui fasa yang sama seperti hubungan cintanya terdahulu.

“Saya pun yakin dan saya rasa saya mampu jadi yang lebih baik daripada sebelum ini. Macam mana aunty tahu dan sekian maklum semua tahu, saya dengan anak aunty ni rapat. Sayalah yang bawa keluar dia, sayalah yang teman dia. Jadi untuk mengelakkan fitnah yang memang dah ada sekarang ini, izinkan saya untuk menghalalkan anak aunty.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (Igs), Shila turut memuat naik gambarnya bersama ibunya dan Ubai sambil diiringi lagu I Do nyanyian Colbie Caillat.

ARTIKEL BERKAITAN: “I Said Yes” – Pergi Ambil Cincin, Shila Amzah Terima Lamaran Ubai Jadi Isteri?

Fatin Nurain