Muat Naik Foto Bersama, Uqasha Senrose Kongsi Keadaan Terkini Kamal Adli

Pelakon Uqasha Senrose membuat satu perkongsian di media sosial dengan berkongsi perkembangan terkini suaminya yang juga pelakon, Kamal Adli susulan insiden diserang di Singapura, bulan lalu.

Menerusi hantaran di Instagram, Uqasha memuat naik sebuah foto yang memaparkan dirinya dan Kamal berswafoto bersama.

Uqasha turut meluahkan rasa syukur apabila kondisi kesihatan suaminya itu kembali pulih.

“Alhamdulillah syukur untuk semua doa… Kamal Adli strong. Syukur ke atas Mu Ya Allah #suamisayadahsihat,” tulis Uqasha ringkas.

Tinjauan XTRA di ruangan komen mendapati rata-rata pengikut turut mendoakan kesejahteraan pasangan tersebut malah ramai yang turut meluahkan rasa syukur dengan keadaan kesihatan Kamal.

Terdahulu, Kamal Adli cedera parah di bahagian kepala akibat diserang oleh individu menggunakan alatan cota di sebuah karnival di Singapura, bulan lalu.

Susulan insiden tersebut, Kamal menerima rawatan di sebuah hopital pakar di Singapura sebelum dibawa pulang ke Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Hakim Tak Benarkan Penyerang Kamal Adli Diikat Jamin

ARTIKEL BERKAITAN: Kamal Adli Berlubang Kepala Diserang Individu Tak Dikenali, Uqasha Senrose Dedah Kejadian Sebenar – “Dia Pukul Berkali-Kali…”

Khairil Khusyairi