Hiburan By: Khairil Khusyairi July 25, 2023 @ 5:00pm

Umat Islam Tonton Konsert The 1975 Perlu Taubat

Mana-mana umat Islam yang sudah menonton konsert The 1975 di Good Vibes Festival 2023 (GVF) yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, baru-baru ini dinasihat untuk memohon keampunan daripada Allah sebagai menzahirkan perasaan kesal walaupun mereka tidak dikira melakukan dosa.

Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata ini susulan tindakan biadab vokalis kumpulan The 1975, Matty Healy yang menunjukkan perlakuan kurang sopannya dalam konsert berkenaan, baru-baru ini.

”Ingin ditegaskan agama Islam tidak sama sekali menentang hiburan termasuk konsert muzik, drama, filem dan seumpamanya.

”Yang ditentang dan dilarang oleh Islam adalah hiburan dan apa jua aktiviti seni yang boleh merosakkan fikiran dan kelakuan penonton atau peminat.

“Oleh itu, umat Islam yang pergi menonton konsert tersebut dinasihatkan supaya memohon keampunan daripada ALLAH SWT, walaupun perbuatan tidak bermoral itu dilakukan tanpa dijangka di hadapan mereka,” ,” katanya.

Mengulas lanjut, Wan Salim berkata, sejarah tamadun Islam tidak pernah menyaksikan sebarang konflik antara agama dan kemajuan termasuk dalam bidang kesenian dan hiburan.

”Apa yang Islam sarankan adalah semua pihak hendaklah sama-sama berusaha ke arah pembinaan masyarakat yang baik, adil dan bersih.

“Tidak wajar bagi sebuah negara yang ingin membangun generasi penerus yang dinamik dan progresif membawa masuk budaya luar yang boleh merosakkan nilai-nilai moral yang amat diperlukan untuk pembangunan dan kemajuan,” katanya.

Sabtu lalu, Good Vibes Festival 2023 dibatalkan selepas vokalis kumpulan The 1975, Matt Healy bertindak mencium rakan sejantina yang juga gitaris kumpulan di atas pentas.

Malah, Matty juga membuat ucapan menghina undang-undang negara berkaitan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

Ternyata kejadian pada hari pertama festival itu telah menimbulkan kemarahan orang ramai termasuk dalam kalangan peminat kumpulan itu sendiri.

Sumber: Sinar Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 3 Jun 2022
Hiburan Fri, 9 Jun 2023
Hiburan Thu, 10 Jan 2019

蔡迪伸被问到怕!新曲直白《你不要再问我几时结婚》

蔡迪伸被问到怕!全新创作《你不要再问我几时结婚》直接了当的唱出其真实感受。

TECH Thu, 27 Sep 2018

Nokia 6.1 Plus and Nokia 5.1 Plus’ Cameras are Worth Getting the Device

Is Nokia running on the iPhone design hype too?

Hiburan Mon, 25 Jun 2018

Tahniah! Comelnya #Mambonom5 Johan dan Ozlynn

Johan turut menulis caption beserta tanda pagar #mambonom5, comel betul! Tahniah daripada kami buat seluruh keluarga Johan dan Ozlynn Wati. 

Hiburan Wed, 25 May 2022

Aishah Gembira Solo, Tak Fikir Kahwin Lagi – “Kalau Ada Calon, Kena Dapat…”

Datuk Aishah gembira solo, tidak terfikir untuk kahwin lagi.