Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi May 8, 2024 @ 3:15pm

Ummi Nazeera Tolak Tawaran Berlakon Dengan Aliff Aziz Lagi – “Bukan Sebab Dia Buat Salah Dengan Saya Tapi…” 

Aktres Ummi Nazeera berkongsi sikap peribadi aktor kontroversi, Aliff Aziz ketika di set penggambaran.

Bercakap kepada XTRA, Ummi atau nama sebenarnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin, 33, berkata Aliff seorang yang menepati masa dan berkelakuan baik ketika di set.

“Saya tak tahu set lain macam mana… tapi sebenarnya saya tak tahu apapun tentang kontroversi yang melibatkan Aliff.

“Di set dia okay saja, dia datang on time, pengarah juga gembira dengan dia, tak buat hal dan semasa shooting pun okay saja.

“Dia suka belanja kepada pasukan produksi. Dia seorang yang pemurah. Dia tak ada masalah sebagai rakan gandingan,” ujar Ummi kepada pemberita.

Ummi ditemui pada majlis Rumah Terbuka FiziWoo di Bukit Setiawangsa, pada malam Isnin.

Dalam pada itu, pelakon drama Rindu Kasih itu turut memaklumkan dia menolak tawaran lakonan untuk bergandingan lagi dengan Aliff Aziz demi menjaga perasaan orang sekeliling.

“Saya memang seorang yang memilih siapa hero yang akan bergandingan dengan saya.

“Sebenarnya saya dapat banyak tawaran untuk bergandingan dengan Aliff selepas drama itu tetapi saya terpaksa tolak untuk bekerjasama dengan dia.

“Bukan sebab dia buat salah dengan saya tetapi sebab saya nak mengelakkan daripada perkara yang boleh mengguriskan hati sesiapa,” kongsi Ummi lagi.

Ummi turut mengakui dia risau pada mulanya apabila mendapat tahu Aliff Aziz sebagai hero gandingannya dalam drama Dia Dari Syurga.

“Saya dah lama dalam industri, saya dah jumpa pelbagai jenis pelakon jadi memang ada setengah pelakon perlukan keserasian di luar set.

“Saya memang akan bekerjasama dengan hero saya sebab saya tak buat babak yang bersentuhan. Saya juga berhijab jadi selalunya hero saya sama saja.

“Orang akan gandingkan saya dengan hero yang sama pendirian dengan saya iaitu tiada bersentuhan. Jadi bila saya tahu hero saya adalah Aliff Aziz, saya risau.

“Kriteria lakonan dia tidak sama dengan pendirian saya. Bila di set baru kami bercakap, Aliff juga ada bertanya saya, dia juga maklum mahu jadi pelakon yang bagus.

“Dia tak over limit tapi kami memang berkawan. Saya okay saja berkawan dengan hero-hero yang saya pernah bergandingan,” tutupnya.

Terdahulu, Ummi dan Aliff pernah bergandingan dalam sebuah naskhah drama Dia Dari Syurga dan ia ditayangkan ketika kontroversi yang membabitkan Aliff hangat diperkatakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ummi Nazeera Berlakon Dengan Aliff Aziz Dalam Sebuah Drama, Harap Orang Ramai Tonton – “Penat Kami Kerja” 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 19 Aug 2020

Penjara 3 Tahun Atau Denda RM20,000 Gara-Gara Pasang Bendera Malaysia Terbalik

Ingat! Jangan sesekali pasang bendera terbalik. check dulu okay!

Hiburan Fri, 23 Nov 2018

Saharul Ridzwan Jadi Rapper Pula?

Wow, tak sabar kami nak dengar single terbaru Saharul ni nanti. Sure gempak kan. Yang penting…Saharul tak guna autotune okay!

Featured Tue, 26 Apr 2022
Selebriti Sun, 25 Feb 2024
Trending Sat, 6 Mar 2021

“Terpukau Dengar Dia Nyanyi Lagu Gila Siap Dengan….” Medley Lagu #AJL35, Hannah Delisha Raih Pujian Netizen

Min pun repeat banyak kali part Hannah nyanyi lagu Gila & Hati tu…. ♪♫

Hiburan Sat, 1 Dec 2018

Anak Minta Bersanding Sekali Lagi, Apa Jawab Raf Yaakob?

Wah…Chanela mahu Raf dan Mawar bersanding sekali lagi.

Featured Fri, 10 Jun 2022

Thailand Mula Benarkan Tanam Pokok Ganja Di Rumah, Namun…

Kalau Malaysia ‘halalkan’ tanam ganja macam Thailand, apa pendapat korang? 🤔

Events Thu, 14 Mar 2019

吉隆坡电视剧节造势开跑!盛天俊陈美君不排除接演马来剧

第6届吉隆坡电视剧节(DFKL 2019)造势开跑;受邀参与盛事的Jordan盛天俊和Mayjune陈美君异口同声地表示“不排除日后接演马来剧。”

Featured Thu, 31 Jul 2025

Apa Cerita Podcast Tampil Mohon Maaf Secara Terbuka

Apa Cerita Podcastjanji tampil dengan content memberi inspirasi.

error: Content is protected !!