Umum Bakal Timang Anak Ketiga, PU Abu ‘Throwback’ Pengorbanan Isteri Hadap Ujian Rumah Tangga – “Wanita Biasa Mungkin Angkat Kaki Dah”

Baru-baru ini, pendakwah bebas, PU Abu Sufyan Mokhtar memuat naik hantaran menerusi Instagram mengimbau semula pengorbanan isterinya, Ain Afini.

Menerusi hantaran tersebut, PU Abu menzahirkan rasa syukur terhadap isterinya yang tetap setia sehingga hari ini walaupun rumah tangga mereka pernah dilanda badai.

“Moga Allah jaga keluarga kecil kami ini, bila teringat likunya rasa sebak. Lebih-lebih lagi wanita hebat ada di samping saya ini.

“Sabarnya persis arwah ummi. Wanita biasa mungkin angkat kaki dah tapi dia masih ada disamping tak kira apa pun. Meredai segala keputusan si suami.

“Biar dibelakangi berkai-kali tapi masih tetap menjaga maruah. Tidak pernah memberi ruang kepada mana-mana lelaki.

“Benarlah kata hukama’ ingin mencari isteri solehah, carilah ibu yang terbaik buat anak-anakmu,” tulisnya.

Bukan itu sahaja, PU Abu turut memaklumkan bahawa dia dan Ain bakal menimang cahaya mata ketiga.

“Insya-Allah next year, Januari 2023 pendatang baru menyelit,” kata PU Abu.

Terdahulu, PU Abu pernah berdepan dengan kontroversi di mana rumah tangganya menjadi tumpuan ramai gara-gara dia bertindak menceraikan isterinya itu ketika sedang hamil dan berkahwin dengan wanita bernama Hana Azraa.

Walaubagaimanapun, ikatan perkahwinannya dengan Hana mencetus tanda tanya sehingga kini apabila wanita itu pernah memberi bayangan seolah-olah hubungan mereka telah berakhir.

Atiqah Johari