Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi April 9, 2022 @ 4:22pm

“Undang-Undang SIRIM Dilakukan Untuk Banteras Pelitup Muka Kualiti Hauk Di Pasaran” – Jovian Mandagie

Baru-baru ini kecoh di ruangan media sosial mengenai kenyataan pihak kerajaan mengenai pelitup muka bukan perubatan perlu mendapatkan perakuan SIRIM bermula pada 4 Julai tahun ini.

Tinjauan di media sosial Twitter mendapati rata-rata netizen seakan membantah dan tidak bersetuju dengan pengumuman tersebut kerana menurut wargamaya, pandemik COVID-19 telahpun memasuki tahun ketiga, justeru dianggap perkara terbabit agak lambat untuk dikuatkuasakan.

Bukan itu sahaja, perkara tersebut turut mendapat perhatian netizen yang risau akan harga kenaikan kos pelitup muka mempunyai cop SIRIM.

Dalam pada itu, usahawan dan pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie tidak ketinggalan turut memberikan pendapatnya yang menyeru orang ramai agar tidak perlu panik mengenai perkara tersebut.

“Tak perlu panik, boleh gunakan Jovian Mask tanpa was-was. Cop SIRIM kami pun dah on the way, Insya-Allah,” tulisnya di ruangan kapsyen di akaun Instagaram.

Tambah Jovian yang turut menjalankan bisnes jualan pelitup muka, dia berkata pengguna pelitup muka jenama Jovian tidak perlu berasa bimbang mengenai keselamatan pelitup muka tersebut kerana diiktiraf oleh MDA (Medical Device Authority) .

“Banyak yang tanya Jovian Mask macam mana? Tak ada SIRIM, tak selamat dipakai! Alhamdulilah, Jovian Mask sangat selamat dipakai malah diiktiraf oleh sejak tahun 2020 lagi. Gunakan tanpa was-was.

“Undang-undang SIRIM dilakukan untuk banteras pelitup muka kualiti hauk di pasaran. Terutamanya yang tak ada sijil MDA. So in future, whether you have MDA certs or SIRIM, baru you boleh jual mask.

“Pengguna pun boleh pilih dengan bijak,” tulisnya menerusi sebuah tangkap layar di hantaran tersebut.

Artikel Berkaitan: “Denda RM100,000… COVID-19 Nak Masuk 3 Tahun, Kenapa Baru Sekarang?” – Netizen Pertikai Keperluan Memakai Pelitup Muka Perakuan SIRIM

Terbaharu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengumumkan penangguhan penguatkuasaan perakuan SIRIM bagi pelitup muka bukan perubatan yang dijadual bermula 4 Julai ini kepada 1 Januari tahun depan.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata keputusan mengenai penguatkuasaan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan) Pelitup Muka Bukan Perubatan itu dibuat selepas mengambil kira maklum balas umum.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 22 Dec 2019

Nikah Teman Lama, Issey Akhiri Zaman Duda

Alhamdulillah, Tahniah Issey!

Hiburan Thu, 28 Jun 2018

《校园主播培训营》招募在籍大专生「让梦想发声」

常幻想自己坐在主播台上,以一口标准和流利的华语,为观众传递世界大小新鲜事的新闻主播?还是你梦想成为一位电视节目主持人?机会来了!只要你勇敢踏出第一步,就能离梦想更近一步。

Events Mon, 11 Apr 2022
Featured Tue, 6 Sep 2022

“Sekarang Dah 37 Tahun, Memang Ada Perubahan” – Zoey Rahman Nafi Buat Muka

Haa, faktor usia katanya!! Zoey sendiri cakap tau. 🤪

Hiburan Fri, 30 Aug 2019
Featured Mon, 3 Oct 2022

Transisi Baru Emma Maembong Berambut Pendek Curi Perhatian!

Semua pun lawa… tapi kalau berhijab lagi lawa!🤞

Featured Wed, 31 Mar 2021

“Bulan Madu, Majlis Kahwin, Fashion Show.. Kes Menurun Tak Bermakna Boleh Langgar SOP” – Ismail Sabri

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri menegaskan orang ramai untuk terus mematuhi SOP walaupun kes Covid-19 menunjukkan angka penurunan saban hari. Menurut beliau lagi, terdapat banyak kes melibatkan ketidakpatuhan SOP yang tular di media […]

error: Content is protected !!