Usia Kandungan Masuk Enam Bulan, Isteri Yonnyboii Mengidam Kuih Akok Diterbangkan Dari Kelantan

Penyanyi rap, Yonnyboii memberitahu kandungan isterinya, Nik Nazira Narriman kini sudah masuk usia enam bulan.

Menurutnya, isterinya mengidam makanan-makanan manis antaranya kuih akok.

“Isteri mengidam makanan manis seperti kuih akok. Tak mudah bila dia mengidam, sebab dia tak nak kuih akok yang dijual di sini tapi yang dari negeri Kelantan sendiri.

“Nasib baik ada sepupu dan bapa saudara yang sanggup terbang ke Kota Bahru untuk membelikan kuih tu untuknya,” katanya yang ditemui di sesi rakaman program Melodi Raya di Luxury Garden Hall, Cyberjaya, semalam.

Sementara itu, Nazira sempat berkongsi mengenai pengalaman diawal kehamilan.

“Masa trimester pertama, memang alahan saya sangat teruk. Semua benda saya tak boleh nak makan. Bahkan, minum air kosong pun saya akan muntah.

“Disebabkan itu jugalah saya dehidrasi dan beberapa kali dimasukkan ke hospital. Sekarang, alhamdulillah semuanya semakin okay. Cuma ada masa saya rasa pedih hulu hati,” ujarnya.

Untuk rekod, Yonnyboii dan Nazira telah mendirikan rumah tangga pada 20 November 2021.

Maya Basir