Uyaina Arshad Syukur Tak Pernah Ada Mengidam, Raja Syahiran Pula Yang Terkesan – “Dia Sampai Tahap Merajuk”

Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad bersyukur tidak pernah mengidam semasa mengandung kedua-dua anaknya itu.

Menerusi perkongsian di Instagram, Uyaina berkata suaminya, Raja Syahiran yang mengalami fasa mengidam sehingga tahap merajuk sekirnya tidak dapat.

“Saya memang tak ada mengidam, teringin benda-benda melam[au atau kalau tak dapat boleh merajuk, memeleh air liur. Alhamdulillah.

“First and second pregnancy, sama tak ada mengidam teruk. Cuma selera makan je lain-lain.

“Masa mengandungkan Urhan, selera saya ikut selera Syahiran. Hari-hari nasi kandar pun tak apa. Lepastu langsung tak suka.

“Masa ni Syahiran yang banyak mengidam tahap merajuk cranky kalau tak dapat.

“Second pregancy lain pula, saya makan semua benda kecuali nasi kandar. Tapi kalau dah terpaksa makan, okay je,” katanya.

Sementara itu, Uyaina turut mendedahkan ibunya pernah mengidam buah anggur ketika mengandungkan abangnya.

“Tapi bila dengar cerita ummi saya, masa dia mengandungkan abang nombor dua, dia ada mengidam yang sangat pelik. Dia teringin buah anggur.

“Tapi bukan buah anggur biasa, dia mengidam buah anggur dalam dulang hantaran orang kahwin. Allahuakbar.

“Kelakar kan bila cerita pasal mengidam ni,” katanya.

Uyaina mengumumkan berita kehamilan anak keduanya sekitar akhir tahun lalu dan bakal menyambut kelahiran anak lelakinya ini dijangka pada Mei nanti.

Sekadar info, Uyaina dan Syahiran mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2021 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata Raja Urhan.

Artikel Berkaitan: Bimbang Risiko Bersalin Di Indonesia, Uyaina Arshad Tolak Tawaran Hos Program Akademi Sahur

Artikel Berkaitan: “Saya Memang Anak Kampung Dan Saya Bangga”-  Uyaina Arshad Selar Tindakan Netizen Mulut Jahat

Aqilah Paharuzi