“Biasalah Budak Muda Merajuk” – Yusof Haslam Tak Ambil Hati Syamsul Tak Balik Beraya

Penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam mengakui tidak mengambil hati terhadap anaknya, pengarah dan pelakon sensasi, Syamsul Yusof yang tidak menyambut Aidilfitri bersama keluarganya itu.

Memetik laporan Oh Bulan!, Yusof berkata dia terima segala qada dan qadar Allah SWT.

“Syamsul tak balik beraya dengan kami pada tahun ini. Tapi tak apa, kami tak ambil hati pun dan kami dah boleh terima benda ni.

“Semua ini adalah qada dan qadar. Tapi saya percaya dia seorang anak, kasih sayang dia pada ibu ayah tetap utuh.

“Biasalah budak muda merajuk kan? Tapi kami memang tak ambil hati,” katanya.

Sementara itu, Yusof berkata dia tidak akan henti mendoakan yang terbaik untuk kejayaan anaknya itu.

“Apa saja untuk Syamsul, saya dan ibunya sentiasa mendoakan terbaik. Tidak ada ayah atau orang tua yang mahu melihat kejatuhan anaknya,” katanya.

Sebelum ini, Yusof mendedahkan anaknya itu sukar dihubungi dipercayai sibuk menguruskan pembikinan filem.

Kali terakhir mereka berdua bertemu adalah pada 2022 ketika ibu mentua Yusof iaitu nenek Syamsul sedang sakit.

Artikel Berkaitan: Yusof Haslam Mohon Jodoh Terbaik Buat Puteri Sarah – “Moga Lelaki Itu Dapat Membahagiakan Dia & Anak-Anak”

Artikel Berkaitan: Hanya Berhubung Demi Perihal Anak-Anak… Puteri Sarah Tak Tahu Punca Syamsul Yusof ‘Menghilang’ Di IG – “Saya Pun Tak Pernah Tanya Apa-Apa”

Sumber: Oh Bulan!

Aqilah Paharuzi