Hiburan By: Salma Syahbuddin February 24, 2020 @ 3:19pm

[VIDEO] “3 ,4 Kali Ulang Still Hilarious” – Netizen Puji Senang Terhibur Minggu Kedua Bikin Pecah Perut

Senang Terhibur minggu kedua diteruskan lagi dengan persembahan pembukaan iaitu nyanyian daripada Shuk Sahar dan Jihan Muse dengan lagu Pening nyanyian asal Ezlynn  dan kemeriahan terus dihangatkan dengan artis jemputan seperti Neeta, Aepul Roza, Myo dan juga Tomok.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by SENANG TERHIBUR (@senangterhibur) on

Paling kelakar episod ni!

Selain sesi temu bual bersama artis-artis jemputan, Shuk Sahar dan Jihan Muse pastinya ‘kaya’ dengan soalan-soalan panas yang membuatkan artis jemputan kita tidak senang duduk. Nampak gayanya, Myo, Tomok, Aepul dan Neeta kena bersiap sedialah untuk soalan-soalan panas hos kesayangan kita ni.

Segmen Tahan! Tahan! Tahan!

Segmen seterusnya diteruskan lagi dengan Tahan! Tahan! Tahan! Dalam segmen ini peserta diminta untuk meniup belon menggunakan stokin. Peserta diminta untuk memadamkan api dengan pantas dan kumpulan siapa yang mampu memadamkan api dalam masa yang paling laju akan dikira sebagai pemenang.

 

Cabaran buat si pembisik dan si penyampai?

Permainan seterusnya adalah  Whisper Challenge dan cabarannya adalah kepada si pembisik dan juga si penyampai. Maklumat akan diberikan oleh Shuk dan artis jemputan akan diminta untuk menyampaikan pesanan tadi dengan tepat dan betul kepada rakan artis yang lain. Namun, permainan ini ada cabarannya, setiap artis akan memakai headphone dengan lagu yang kuat dan mereka akan meneka pesanan tadi dapat di interpretasikan dengan betul atau sebaliknya.

Netizen mohon kekalkan game Madlips

Nampaknya permainan ini adalah yang paling ditunggu-tunggu oleh netizen. Menurut mereka, permainan ini adalah yang paling kelakar dan seharusnya dikekalkan.

Wah, pandai juga artis-artis kita ni berlakon kan? Patutlah segmen Madlips ni mendapat sambutan, bukan kerana permainan ini kelakar tetapi artis kita juga begitu kreatif menyusun ayat -ayat untuk dijadikan skrip secara spontan. Hebat!

Netizen gelak sampai basah dahi

 

So, jangan lupa untuk nantikan episod Senang Terhibur seterusnya pada setiap hari Ahad, jam 10 malam hanya di TV3. Atau korang boleh layan di Youtube TV3 Malaysia, tonton dan LIVE TV di www.xtra.com.my
 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 2 Oct 2022
Featured Thu, 6 Apr 2023

Video Perkahwinan Farid Kamil, Diana Danielle Tular Di TikTok, Netizen Luah Rasa Sayu – “Awal-Awal Indah Belaka..”

Hmmm… Min pun ikut sebak ni 😭😭 Semoga dipermudahkan segala urusan buat pasangan ini

Featured Wed, 30 Aug 2023

Dikritik Selalu Bersolek, Ini Respons Watie Hanifiah – “Suami Suka Tengok Kita Bersiap, Pakai Makeup.. Nak Buat Macam Mana”

Suami mestilah nak tengok isteri dia sentiasa cantikkk. Tak apa melawa untuk suami kan hehe 😚

Hiburan Mon, 22 Jan 2018

PENTAS BBB 2018 TERUS HANGAT DENGAN LAWAK MANTAP PARA PESERTA

Pencarian Pelawak Realiti menerusi Program Bintang Bersama Bintang ini diteruskan lagi pada minggu kedua dengan tema bebas

Featured Thu, 25 Aug 2022
Contest Tue, 26 Nov 2019

xtra好康头 | 送你李佩玲与玛莎《MY SISTA跨年倒数演唱会》入门票

想要度过一场难忘的跨年狂欢? xtra好康头 将送你李佩玲与玛莎《MY SISTA跨年倒数演唱会》入门票。