[VIDEO] Aedy Ashraf Teruja Belajar Surfing Di Cherating – “Jangan Tanya Kenapa Kulit Terbakar”

Pelakon sensasi, Aedy Ashraf berkongsi sebuah video memaparkan momen-momennya ketika berada di Resort Cherating, Kuantan Pahang.

Menerusi perkongsian di Instagram, Aedy berkata selama seminggu berada di sana dia banyak meluangkan masa untuk belajar meluncur.

“Sekarang musim tengkujuh, jadi saya menghabiskan sepajang minggu dengan mengikuti latihan meluncur di Cherating, Kuantan.

“Nampak mudah, tapi susah nak gila. Semua sangat berbaloi dan saya sangat menikmati setiap proses itu pembelajaran itu. Jangan tanya kenapa kalau kulit saya terbakar lepas ni ah!” katanya beserta emoji ketawa.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dan teruja melihat aktor drama Kisah Cinta Kita itu aktif berkongsi rutin mingguannya di media sosial.

Sebelum ini, nama Aedy hangat menjadi perbualan ramai di media sosial dek tular sebuah video memaparkan dirinya beraksi ghairah di kelab malam dan bercumbu dengan seorang wanita.

Namun jelas Aedy, dia bukanlah seorang yang warak dan tidak perlu menjelaskan isu tersebut melainkan kepada ibu tercintanya sahaja.

Artikel Berkaitan: Tular Foto Berada Di Kelab Malam Di TikTok, Netizen Kritik Aedy Ashraf

Artikel Berkaitan: “Saya Tak Warak & Tak Perlu Jelaskan Apa-Apa…” – Beraksi Ghairah Di Kelab Malam, Aedy Ashraf Akhirnya Buka Mulut

Aqilah Paharuzi