[VIDEO] Netizen ‘Muak’ Kerap Muat Naik Video Bersama Kekasih Baru, Zarina Anjoulie Tampil Beri Respons

Pelakon kontroversi, Zarina Anjoulie sering menjadi perhatian ramai terutamanya selepas berkongsi momen bersama kekasih baharunya di media sosial.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, Zarina atau lebih mesra disapa Anju kini sedang hangat bercinta bersama seorang lelaki dikenali sebagai Datuk Sri Khazrul.

Menerusi hantaran terbaharunya di TikTok, Anju berkongsi sebuah video di TikTok Story yang meluahkan rasa rindu terhadap kekasihnya itu.

“Kita rindu cik Abe kita, my love i miss you,” katanya sambil menunjukkan gambar bersama kekasihnya.

Susulan itu, meninjau di ruangan komen terdapat segelintir pihak yang mengkritik Anju seolah-olah dirinya sahaja yang dilamun cinta dan mempunyai kekasih hati.

Tidak berdiam diri, Anju menerusi sebuah video terkini di TikTok story membidas komen tersebut yang mengatakan netizen tidak memahami perasaanya.

“Korang perli-perli aku kata macam aku seorang saja yang ada lelaki. Korang kena faham aku ni jauh dariapda lelaki aku dan anak-anak aku. Sebab tu la 10 kali aku update aku rindu lelaki dan anak-anak aku,” jelasnya.

Difahamkan, Anju kini sedang menjalankan sebuah penggambaran cerita hantu komedi bersama pelakon sensasi, Sharifah Sakinah.

Sebelum ini, Anju menjawab persoalan netizen yang bertanya mengenai sebab dirinya putus cinta bersama pelakon, Zoey Rahman.

Artikel Berkaitan: Zarina Anjoulie Jawab Sebab Putus Cinta Dengan Zoey Rahman?

Aqilah Paharuzi