[VIDEO] Akhyar Rashid Diusik Netizen Gara-Gara Panggil Eyka Farhana ‘B’ – “Ceh, Dah Tak Sorok..”

Hubungan percintaan antara pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takdzim (JDT) bersama aktres jelita Eyka Farhana sebelum ini menjadi tanda tanya ramai.

Bagaimanapun, pasangan ini dilihat tidak berselindung lagi mengenai hubungan istimewa mereka selepas Akhyar mula memanggil Eyka dengan panggil ‘B’ di khayalak umum.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, Akhyar memuat naik sebuah video mengenyit mata di akaun TikTok rasmi miliknya telah mencuri perhatian Eyka yang juga meninggalkan komen di video tersebut.

“Kenyit mata kat siapa tu? Saya ke,” soalnya.

“Awak lah B,” jawab Akhyar.

Menjengah ke ruangan komen video berkenaan, ramai dalam kalangan peminat pasangan sejoli ini yang mengusik mereka seperti sedang hangat bercinta.

Ada juga segelintir netizen yang berkata Akhyar dan Eyka kini kerap mendedahkan percintaan mereka kepada umum.

Sebelum ini, pasangan ini pernah menjadi sebutan selepas tular beberapa foto memaparkan Akhyar membawa Eyka berjumpa seluruh keluarganya ketika di perlawan bola sepak JDT.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 100,000 tontonan, 14,000 tanda suka dan 266 komen.

Artikel Berkaitan: “Sah Dah Ni” – Peminat ‘Broken’ Akhyar Rashid Bawa Eyka Farhana Jumpa Keluarga

Artikel Berkaitan: Eyka Farhana Akui Penat Dikecam, Tampil Buka Mulut Isu Video Lengan Akhyar  – “Mereka Lebih Tahu”

Aqilah Paharuzi