[VIDEO] “Aku Pergi Beraya Pakai Lanyard..” – Tunjuk Kad Pelajar Tanda Masih Layak Dapat Duit Raya Raih Perhatian Ramai

Tular di media sosial aksi beberapa orang pelajar menunjukkan kad matrik sebagai bukti masih belajar dan layak menerima duit raya.

Menerusi perkongsian di TikTok, kelihatan dua pelajar sedang mempamerkan kad matrik kepada saudara-mara dan ia menjadi bukti mereka belum bekerja dan masih bergelar pelajar.

@sunnyyysunako Nak menunjukkan masih layak mendapat duit raya 😂 #pov #raya2023 #eidmubarak #foryou ♬ original sound – なこちゃん!🍉

“Nak menunjukkan masih layak mendapat duit raya,” tulisnya di kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, gelagat dua pelajar itu memberi idea kepada orang ramai terutamanya yang masih belajar, malah ada yang memberi idea untuk menggantungkan kad pelajar di leher.

“Aku buat tadi Alhamdulillah dapat juga enam sampul satu rumah. Ni sungguh betul, dah buat tadi menjadi. I should do this.

“Aduh, kenapa tak msuk FYP aku awal baru nak try.

“Ingat pergi sekolah je bawa kad matrik rupanya pergi rumah saudara pun terpaksa bawak kad matrik nak beraya.

“Kena gantung kad matrik kat leherlah gini. Aku pakai lanyard sekali dengan kad pelajar lepas ni. Patutlah aku tak dapat duit raya, rupanya kena buat macamni,” ujar netizen.

Nurul Hana