[VIDEO] “Bagai Pinang Dibelah Dua…” – Nampak Sweet Bersama, Netizen Cuba Jodohkan DSV & Michael Ang

Baru-baru ini, Datuk Seri Vida (DSV) memuat naik sebuah video di akaun TikTok miliknya yang memaparkan pengarah Michael Ang sedang meluangkan masa bersama di rumahnya.

Menerusi video tersebut, kelihatan DSV dan Michael sedang rancak berborak sambil menjamu selera dengan mengatakan Michael mengambil masa selama lima jam semata-mata nak bergosip dengan DSV.

“Michael Ang drive 5 jam.. Nak mengutuk punya pasal” tulis Vida diruangan kapsyen

Namun, apa yang menarik perhatian wargamaya ialah kemesraan diantara pengasas kosmetik dan pengarah filem tersebut sehinggakan ramai netizen yang mengatakan mereka kelihatan seperti pasangan serasi dan mendoakan semoga mereka berdua berjodoh.

“Cam ada jodoh je… sama padan.

“Dia datang jauh semata-mata rindu DSV tu.. ok rasanya DSV kalau disatukan.

“Ku rasa DSV berdua ada jodohlah. Cari yang matang.. Kekal bahagia,” antara komen yang ditulis.

Tak kurang juga, ada warganet yang memuji keakraban persahabatan mereka dengan mengatakan tidak ada orang yang sanggup memandu berjam-jam semata hendak bersembang dan mengharapkan mereka juga mempunyai persahabatan sebegitu rupa.

“Tak ada sebab nak drive 5 jam kalau kita tak rindu atau tak rapat atau tak serasi. BFF kan.

“Bestnya DSV ada kawan macam Michael Ang. Hope one day I pun ada kawan camtu. BFF.” tulis mereka.

Video perkongsian tersebut telah berjaya meraih lebih 350,000 tontonan dan mendapat lebih 17,000 tanda suka.Baru-baru ini, Datuk Seri Vida (DSV) memuat naik sebuah video di akaun TikTok miliknya yang memaparkan pengarah Michael Ang sedang meluangkan masa bersama di rumahnya.

Menerusi video tersebut, kelihatan DSV dan Michael sedang rancak berborak sambil menjamu selera dengan mengatakan Michael mengambil masa selama lima jam semata-mata nak bergosip dengan DSV.

“Michael Ang drive 5 jam.. Nak mengutuk punya pasal” tulis Vida diruangan kapsyen

Namun, apa yang menarik perhatian wargamaya ialah kemesraan diantara pengasas kosmetik dan pengarah filem tersebut sehinggakan ramai netizen yang mengatakan mereka kelihatan seperti pasangan serasi dan mendoakan semoga mereka berdua berjodoh.

“Cam ada jodoh je… sama padan.

“Dia datang jauh semata-mata rindu DSV tu.. ok rasanya DSV kalau disatukan.

“Ku rasa DSV berdua ada jodohlah. Cari yang matang.. Kekal bahagia,” antara komen yang ditulis.

Tak kurang juga, ada warganet yang memuji keakraban persahabatan mereka dengan mengatakan tidak ada orang yang sanggup memandu berjam-jam semata hendak bersembang dan mengharapkan mereka juga mempunyai persahabatan sebegitu rupa.

“Tak ada sebab nak drive 5 jam kalau kita tak rindu atau tak rapat atau tak serasi. BFF kan.

“Bestnya DSV ada kawan macam Michael Ang. Hope one day I pun ada kawan camtu. BFF.” tulis mereka.

Video perkongsian tersebut telah berjaya meraih lebih 350,000 tontonan dan mendapat lebih 17,000 tanda suka.

Atiqah Johari