[VIDEO] Bergambar Dengan ‘Minyak Masak’ Macam Menang Anugerah, Gelagat Sharnaaz Ahmad & Shukri Yahaya Bikin Dekah!

Baru-baru ini, tular sebuah kontroversi yang mendakwa pelakon Sharnaaz Ahmad menumbuk dan menendang seorang pengawal keselamatan di sebuah kondominium tempat tinggalnya dan telah ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan.

Namun, pelakon kontroversi, Sharnaaz Ahmad atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 37 telah dibebaskan kelmarin kira-kira jam 12 tengahari di Ibu Pejabat Sentul, Kuala Lumpur dengan ikat jamin polis selepas selesai siasatan.

Selepas dibebaskan, Sharnaaz turut bertemu dengan sahabatnya, pelakon Shukri Yahaya dan beberapa sahabat yang lain sambil berseloroh dengan apa yang telah berlaku kepadanya. Momen tersebut telah dirakamkan dan dikongsi di akaun Instagram (IG) miliknya.

Menerusi video perkongsian tersebut, Sharnaaz kelihatan tenang dan bersahaja melayan usikan rakan-rakannya malah bergelak ketawa seperti biasa.

Menerusi video di Insta Story, Sharnaaz dan rakan baiknya Shukri Yahaya sempat bergambar dengan menjadikan sebotol minyak masak sebagai bahan gurauan dan simbolik kepada isu yang terjadi kepada Sharnaaz.

Apa yang mencuit hati adalah apabila barangan dapur itu diserahkan kepada Sharnaaz seperti memenangi anugerah.

Sehubungan itu, Sharnaaz membuat satu hantaran dengan menyatakan dia telah kembali dan dugaan yang diuji menjadi pembakar semangat. Dia turut mengucapkan terima kasih kepada Shukri Yahaya kerana datang melawat selepas baru pulang dari lokap diruangan kapsyen.

“Im back!!! Dugaan jadi pembakar semangat.. ni semua minyak masak punya hal lah ni.

“Thank you my brother datang melawat abang baru balik holishit ourstation,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memintanya untuk terus kuat dan tabah. Malah ada yang berseloroh dengan berharap dia dipilih untuk menjadi duta minyak masak.

“Semoga lepas ni baba dipilih jadi duta minyak masak.

“Stay strong Mamu.

“Buat la jenama minyak masak mamu pulak laku keras pasni hehe,” tulis warganet.

Dalam pada itu, Sharnaaz turut berkesempatan memuat naik ucapan penghargaan kepada pihak polis di IPD Sentul kerana telah membantu dan menjaga dirinya dengan baik sepanjang dia direman.

Atiqah Johari