[VIDEO] Selepas Direman 3 Hari, Sharnaaz Ahmad Terus Lepas Rindu Jumpa Anak

Pelakon Sharnaaz Ahmad yang ditahan reman kerana didakwa memukul dan menendang penghuni sebuah kondominium melepaskan rindu bertemu anaknya, Jebat Jayden sejurus dibebaskan dengan jaminan polis.

Memetik laporan Harian Metro, Sharnaaz ditemui di Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul berkata dia sangat merindui anak lelakinya dan menyifatkan isu berlaku sebagai satu dugaan.

“Nak jumpa anak saya dulu. Rindu yang tiada penghujungnya. Tak apa, ini dugaan untuk saya tapi kebenaran akan terjawab. Insya-Allah,” katanya sambil menuju ke sebuah kereta di luar IPD berkenaan.

Menerusi video yang mendapat hampir satu juta tontonan, Sharnaaz berpelukan dan mencium Jebat dan mengatakan dia baik-baik sahaja dan amat sayang akan anaknya itu.

“I’m okay Insya-Allah. Baba loves you so much!,” tulisnya.

Di ruangan komen, rakan-rakan artis seperti Faizal Tahir, Black Hanifah, Elizad Sharifuddin dan ramai lagi turut memberi sokongan dan mendoakan agar dirinya tabah menghadapi ujian tersebut.

Pengikut-pengikut Sharnaaz juga turut berasa sedih melihat Jebat yang kelihatan sangat merindui bapanya dan mendoakan agar urusannya dipermudahkan.

Sumber: Harian Metro

Maya Basir