Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 16, 2022 @ 5:24pm

[VIDEO] “Berlakon Je Lah, Tak Payah Buat Kesalahan Bodoh!”- Reen Rahim Mengamuk Dengan Fezrul Khan?

Pelakon Reen Rahim baru-baru ini dikatakan berang selepas dirinya didakwa telah dicekik oleh seorang pelakon senior  ketika menjalani penggambaran sebuah filem bergenre seram.

Menurut Reen atau nama sebenarnya, Noreen Ashikin Abdul Rahim, 34, dia kini sibuk dengan perniagaan dan pengambaran drama mahupun filem.

Namun sejak terlibat dalam bidang lakonan 11 tahun yang lalu, ini adalah kali pertama dia mengalami insiden sedemikian.

“Saya rasa saya tak ada cerita-cerita panas, menarik tu banyak. Insya Allah saya busy sangat, shooting break seminggu kalau saya free saya akan busines pula, busy betul.

“Saya ni lurus tau, kalau tak tanya saya simpan je…  Tapi kalau dapat sumber yang kata saya mengamuk tiba-tiba, selama berapa belas tahun ye saya dalam industri… saya  tak pernah mengamuk, tapi tak tahulah siapa yang mulut ringan berkongsi dengan Melodi.

“Sebenarnya itu macam insiden lah, babak tu tidak sepatutnya di lakonkan betul-betul sehinggakan saya ‘hilang’ sekejap. Babak apa semua tu saya tak nak cakap, nanti anda boleh cari sendiri… tak nak panjang-panjang cerita.

“Nampak je saya ni happy go lucky, tapi kalau anda dah nak meninggal di situ takkan tak mengamuk. Walaupun itu lakonan dan banyak je scene yang berat-berat dan ganas saya dah shoot dah… tapi, ni penonton yang nampak saya terseksa padahal kita dah ada skill. Tapi benda dah nak jadi kan?” katanya menerusi temu bual bersama program Melodi.

Dalam pada itu, ramai warganet beranggapan, kejadian cekik yang dilakukan oleh pelakon senior itu adalah kerana mahu menjiwai watak semata-mata dan tidak lebih dari itu.

“Saya minta maaf sangat kalau benda-benda negatif ni sampai dekat telinga anda. Tapi, kalau orang tak usik saya, saya tak mengamuk. Kali ni tak kisah lah, senior ke, junior ke, kalau nak berlakon,  berlakon je lah tak payah buat betul-betul, sakit!

“Kesilapan-kesilapan bodoh ni yang saya tak boleh. Engkau bukan pelakon baru pun mestilah tahu skill. Berlakon je lah tak payah buat betul-betul. Sebab saya dah nak pengsan dah masa tu. Dekat situ yang saya nampak, dia tak rasa benda tu real. Jadi nak salahkan siapa kalau sendiri tak rasa benda tu salah?” jelasnya.

 

Bagaimanapun, menerusi sebuah hantaran video berdurasi 20 saat di TikTok milik pelakon Fezrul Khan, dia dilihat memuat naik babak dimana Reen Rahim dikatakan telah dicekik ketika penggambaran filem berlangsung.

“This is ending scene for Batu Syaitan. Anda boleh tengok dan nilai kan. Kalau belajar Jujitsu pun, anda tak boleh cekik dengan hanya menggunakan sebelah tangan sahaja. Tanya lah teman lelaki awak yang stuntman tu.

“Bila director cut, awak boleh jerit dekat saya? Saya dah berlakon lebih 20 tahun tau,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Sementara itu, Fezrul menegaskan dia tidak akan berlakon dengan Reen selepas ini kerana baginya berlakon harus jujur dan bukan semata-mata mahu mengejar glamor.

@fezrulkhanThis is ending scene for batu syaitan. Korang tgk dan nilai kan. Kalo belaja jujitsu pon u guys tak le choke sebla tangan. Tanye la bf ko yg stunt man tu. director cut ko bole jerit ngan ako eh. Ako da lebih 20 tahun belakon ko? Ko buat cite ape eh? Awak da makan jom kite g makan. Ni horror faham ke idok? Ke ko saje nak tunjuk depan bf ko? Next time ako tak nak belakon ngan org mcm ni. Blakon utk glamour. Eh leonardo dicaprio tangan bleeding pon die tak de complain. Skrang ko tau tak level belakon ko tahap mane? Belakon kene jujur bukan utk glamour♬ original sound – G

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 30 Jan 2026

“Niat Saya Untuk Melindungi Bukan Menghina” – Nafi Bermusuh, Mia Sara Kagum Dengan Puteri Balqis

Kata Mia, tidak wujud sebarang masalah peribadi antara dirinya dan Puteri Balqis.

Trending Tue, 18 Dec 2018

13张「想像力太丰富的人不宜观看」的照片

倘若你的想像力太丰富,看成别的东西,摄影师恕不负责!到底是什么照片?立刻一起看下去!

Hiburan Thu, 7 Dec 2017

MIDNIGHT RUNNERS FILEM SKEPTIKAL?

Sebuah Filem Korea yang telah menemui penonton pada 5 Oktober yang lalu menceritakan tentang dua orang pemuda yang ingin meneruskan pengajian ke Universiti Polis Kebangsaan Korea demi mengejar cita-cita mereka. Namun, mereka secara tidak langsung mereka terlibat dalam satu kes jenayah.

Featured Mon, 13 Dec 2021

“Dia Nak Ikut IU Tu Pergi Zaman Goryeo” – Bagai Drama Scarlet Heart Ryeo, Lelaki Terjun Tasik Cermin Ipoh Timbulkan Pelbagai Reaksi Netizen

Tular sebuah video seorang lelaki terjun ke dalam Tasik Cermin di Ipoh, Perak baru-baru ini yang menimbulkan kemarahan dan pertanyaan warganet. Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, seorang lelaki berbaju hitam secara tiba-tiba memanjat […]

Hiburan Tue, 5 Nov 2019

11 Tahun Pegang Status Janda, Yuni Shara Tetap ‘Cool’

Kalau takdir saya bersendiri tanpa pasangan sehingga tua, saya okay…

error: Content is protected !!