[VIDEO] Buat Trend TikTok, Netizen Terhibur Lihat Zizan Razak – ““Belum Apa-Apa Dah Kena Sayonara”

Pelawak dan pelakon terkenal, Zizan Razak mencuri perhatian ramai selepas tular sebuah video memaparkan dirinya bersama seorang wanita.

Umum sedia maklum, hubungan percintaan Zizan bersama selebriti sering kali terputus di tengah jalan, malah sehingga kini menjadi bahan bualan netizen apabila selebriti ini kerap menjaga ‘jodoh’ orang lain.

Berdasarkan video tersebut, Zizan membuat trend TikTok iaitu menggunakan lagu trending ‘Konichiwa, Sayonara’ mencuit hati ramai.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berkata aktor Abang Long Fadil itu akan ditinggalkan akibat lirik lagu tersebut iaitu Sayonara.

“Belum apa-apa dah kena sayonara ni Zan,” kata salah seorang netizen.

“Selalu sangat jaga jodoh orang lain,” ujar netizen lain.

Bagaimanapun wanita tersebut yang mengguna nama Cik Petir Aisyah di akaun TikToknya difahamkan hanyalah rakan baik yang turut aktif berbasikal bersama.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut meraih sebanyak 725,000 tontonan, 17,000 tanda suka dan 131 komen.

Aqilah Paharuzi