[VIDEO] “Content Persenda Agama Hidup Lama, Tapi Post Pasal Gaza Kena Banned” – Caprice Mohon Netizen Report Akaun TikTok Mariam Hadid

Baru-baru ini, heboh di serata media sosial mengenai seorang wanita bernama Mariam Hadid yang didakwa beragama Islam dan kelahiran Arab.

Ia susulan selepas sebuah video wanita berkenaan didakwa menghina agama Islam dengan berpakaian kostum Ultraman lalu solat sambil berlatar belakang suara mengangkat takbir.

Berdasarkan tinjauan di akaun TikTok wanita berkenaan, ternyata individu itu telah lama memuat naik content sedemikian yang dianggap sangat tidak wajar.

Bukan itu sahaja, wanita tersebut turut mengakui dirinya sebagai seorang Nabi wanita pertama yang ditulis di ruangan ‘bio’ akaunnya itu.

Tidak berdiam diri, pempengaruh dan penyanyi, Ariz Ramli atau lebih mesra disapa Caprice tampil membidas mengenai kandungan yang ditampilkan wanita tersebut atas permohonan orang ramai.

Menurut Caprice, dia meluahkan rasa berang apabila tiada sebarang tindakan dikenakan terhadap video-video yang dimuat naik oleh wanita terbabit.

Sedangkan apabila Caprice berkongsi berita mengenai nasib rakyat Gaza dan Palestine, hantarannya itu akan dilabel sebagai ‘hate speech’ dan diturunkan oleh Instagram.

“Perkara seperti ini seakan dah menjadi kebiasaan dan trend di luar negara serta di Malaysia. Bagi saya apa yang lagi pelik dan kena soal macam mana konten dan akaun macam ni boleh hidup lama di semua platform sosial media.

“Sedangkan kalau saya post video pasal Gaza atau Palestine, tak sampai 24 jam akan kena hate speech atau harassment dan suruh bakal diturunkan,” luahnya.

Dalam pada itu, Caprice turut memohon agar seluruh pengikutnya yang menonton video tersebut untuk sama-sama melaporkan akaun berkenaan agar terus hilang di media sosial.

Ruangan komen hantaran Caprice itu dibanjiri dengan pendapat orang ramai yang semakin bimbang terhadap keselamatan agama akibat kerap dijadikan bahan jenaka dan menghina.

Aqilah Paharuzi